#SaveJejai - Bantuan Dihulur Semampunya

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah peribahasa yang sangat sinonim dengan mereka yang berada di dalam kesusahan. Tapi kita sebagai manusia yang prihatin, tidak seharusnya melihat sahaja. Bantulah semampunya walau hanya dengan sebuah doa. Jika lebih berkemampuan, hulurkanlah bantuan semampunya juga.

Lepas DN baca entry saudara Eyriqazz (Antara Rakan, Rahsia dan Racun) , Ben Ashaari (Doa Buat Sahabat Bloggerku, JAI RAMLEE) dan Abang Ensem (#SaveJejai) selepas sahur semalam, hati DN sangat sayu terkenangkan seorang insan yang peramah dan baik hati bernama Jejai ini. Tidak disangka beliau menyembunyikan keadaan kesihatannya ini untuk sekian lama. 


Berikut dari entry Eyriqazz yang menyentuh hati DN...

Bro, doktor sahkan aku mengidap "Lung Cancer Stage 4". Hampir luruh hati ini apabila mendengar perkhabaran telefon dari rakanku ini Jan 2012 yang lepas. Diminta saya dan rakan-rakan rapat rahsiakan hal ini daripada pengetahuan rakan-rakan blogger yang lain. Katanya, biarla rakan-rakan still pandang dan treat dia macam biasa, gurau-gurau, bukannya kesian dengan keadaan dia. Kami pegang rahsia tersebut namun hati masih berbelah bagi. Beberapa kali kami cuba usulkan untuk membuat entri bagi memohon bantuan meringankan bebannya namun ditolaknya. Keras sungguh hatinya. Namun, jika saya berada di situasi dia, sayapun mungkin akan buat perkara yang sama.


Menitik Lagi Air Mata Eyriqazz bila baca Surat ini dari salah seorang anak Je Jai di salah satu entrinya...
-Sebak dan mendayu-dayu..Hati meronta-ronta untuk dihebahkan Satu Dunia tapi pada masa yang sama hormati pendiriannya-
#Racun

Namun, sejak beberapa bulan ini, hati mula terasa kelainan. Adakah dengan merahsiakan ianya akan menjadi racun yang berbisa buat Je Jai dan masa depan dia, Isteri dan anak-anaknya? Jiwa masih berbelah bagi. Cancer Stage 4 bukan dugaan yang ringan.Nasihat rakan-rakan saya forwardkan kepada Je Jai , kalau-kalau ianya dapat membantu. Time itu katanya antara yang banyak membantunya adalah Saudara Denaihati dan Rosyam Nor. 

Peristiwa ketika dia membantu saya di Event Celcom semakin membuka mata dan hati saya. Menitik airmatanya bila saya hulurkan wang sebagai tanda terimakasih membantu. Sanggup drive untuk ke event Celcom ,time weekend pukul 10 pagi. Masa belanja makan dia lunch, sudah nampak yang dia macam sudah hilang selera makan. Hanya dicuit-cuit saja makanan dan minuman.Sebak, namun saya tabahkan hati....Masih saya bergurau-gurau dengannya...

Lepas event, saya hulurkan duit kepadanya :

Je Jai : Bro, aku bantu ko ikhlas...Aku tak minta duit-duit ni..Persahabatan lagi penting dari wang ringgit....
Eyriqazz : Aku faham bro, tapi, ini ikhlas dariku...Anggapla duit ini duit buat anak-anak...Lagipun, kalau ko tak bantu, memang aku dah tolak awal-awal hadiri event ini...

Tetap ditolaknya.First time saya melihat airmatanya mengalir. Malam itu saya transferkan ke akaunnya namun teruk saya dibebelnya. Don't do this again bro..Kalau eden susah, eden minta... Plzz bro..Wang ringgit bukannya ukuran....


Sampai begitu sekali beliau menolak pertolongan dari kawan-kawan. Sedaya upaya beliau ingin mengharunginya sendirian tetapi syukur alhamdulillah, beliau dikelilingi kawan-kawan yang prihatin dan baik hati. Apa yang mereka lakukan adalah tanggungjawab sebagai seorang sahabat dan manusia. Di dunia ini, apa yang lebih penting adalah melihat insan sekeliling gembira dan bahagia. Kalau diri sendiri sahaja yang gembira tetapi orang sekeliling susah hati, pasti terdetik di dalam hati perasaan tidak senang hati. Itulah naluri seorang insan yang baik hati.

Oleh itu, sama-sama lah kita membantu beliau semampunya. Insyaallah, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk umat-Nya. Sekarang beliau memerlukan kita, kita tak tahu bila kita memerlukan pertolongan orang lain kerana kita sendiri tidak tahu sampai bila kita sihat sebegini.

Jika ingin memberikan sumbangan, boleh lah disumbangkan terus ke akaun ini :-


Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) 


Semoga beliau terus tabah mengharungi dugaan dari Allah ini. Tiada seorang manusia pun yang tidak diuji tetapi beliau diuji dengan kesihatan sebegini yang memerlukan bantuan kita. Sama-samalah kita membantu semampunya...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. MasyaAllah, ujian dari Allah swt....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ujian yg Maha Esa.. Semoga beliau tabah mengharunginya..

      Delete
  2. sama2 kita doakan juga agar beliau kuat dan bersemangat untuk harungi kehidupan ini.. agar beliau kuat untuk melawan penyakitnya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... sama2 lah kita berdoa untuk kesihatannya kembali sihat seperti sedia kala...

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^