Serenity Spa Tetap Pilihan Hati


Di hari raya, pastinya badan akan rasa letih dan penat sama seperti hari bekerja. Oleh itu, merehatkan diri di spa menjadi pilihan DN. Paling kurang sebulan sekali DN pasti ke spa untuk memanjakan diri. Dalam banyak-banyak spa yang pernah DN pergi, Serenity Spa tetap menjadi pilihan hati DN dari dulu lagi.


Serenity Spa di Seksyen 13, Shah Alam ini terletak di belakang rumah-rumah besar Laman Sari. Jika dari Jalan Lontar Lembing, akan nampak kedai kereta SPS dan Persatuan Pengamal Hidroterapi Ais Malaysia (PPHAM) di Jalan Renang. Serenity Spa terletak di belakang kedai tersebut. Lebih tepat lagi, Serenity Spa ini terletak di No.45, Jalan Lawan Pedang 13/27, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor. 


Beginilah suasana dari depan kedai  Serenity Spa tersebut. Bila DN ke sini, DN selalunya akan memilih 4 step full body treatment. Treatment ini melibatkan :-

Thai Herbal Steam (20 minit) RM50
Traditional Balinese Massage (60 minit) RM99
Body Scrub (30 minit) RM80
Milk Bath (20 minit) RM50

Jika treatment ini dipilih berasingan, harganya adalah RM279 tetapi dengan memilih 4 step full body treatment ini, harga promosi hanya RM180 sahaja. Harga ini dari tahun lepas tak naik tau. Harap takkan naik sampai bila-bila. Hehe...

Walaupun jika dibandingkan dengan spa berhampiran yang lain harganya agak mahal sedikit,  Serenity Spa ini mengekalkan treatment yang memberikan pelanggannya berpuas hati dengan treatment yang diberikan. Sebab itu DN masih ke sini selepas beberapa tahun. Jika ada yang berminat untuk merasai apa yang DN rasa ini, perlu booking dahulu di no. ini : 03- 55106067. Kalau tak booking, memang susah nak dapat tempat tau.



Sambil memanjakan diri di Serenity Spa, boleh juga menghantar cuci kereta di SPS. Ingat diri sendiri je nak diservice, kereta pun nak juga. Baru lah serasi bersama. Hehe...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. bila deqnoor nak belanja saya pergi spa ni??hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. belanja spa??? err.. err.. woman only.. ^_^

      Delete
  2. macam best jeh. boleh tahan jugak harganya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang best syaz... harganya sesuai dgn treatment yg diberi.. :)

      Delete
  3. Sampai di pintu gerbang Spa ini pun sudah boleh terasa segar belum lagi menerima rawatan lagi segar bugar. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah sampai sini? dari luar pimtu xdapat tengok apa yg ada di dalam kan...

      Delete
  4. Assalamualaikum DN, seumur hidup hanya sekali masuk spa buat body scrub. itu pun dekat Krabi. huwaaa geli gila kot. Sejak mengandung ni macam nak try berspa pula. lenguh-lenguh badan haihhh T___________T

    ReplyDelete
  5. @Sheila Salim hee... DN recommend tempat ni kalau sheila nak g spa.. stress pun jadi relax lepas tu.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^