Semalam raya ke-3 DN sudah merayau di Seksyen 13 Shah Alam mencari spa yang tidak cuti raya. Kesihatan DN sangat terganggu raya tahun ini, jadi DN perlu merehatkan diri. Malangnya semua tutup. Raya sakan betul mereka ni. Sobsob...
Hari ini aka raya ke-4 pula DN sudah berada di ofis untuk menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan. Siapa bekerja macam DN? Korang memang gila kerja. Haha.. :p Sebelum mula kerja, ambil mood dengan update di sini dahulu. Dah lama nak update pasal ni tapi masa tak mengizinkan. Oleh itu, siapa sudi baca terima kasih DN ucapkan.
Alhamdulillah... DN dapat 3 hamper raya tahun ini. Banyak lah pulak. Macam tahun-tahun lepas paling banyak DN dapat 2 sahaja. Hmm.. Rezeki tahun ini. Terima kasih kepada mereka yang sudi bagi DN hamper ini.
Kad raya juga lebih banyak daripada biasa. Ingat dah tak dapat kad raya, rupanya dapat lagi. Paling terkejut sebab DN dapat kad raya dari mereka yang DN tak sangka akan bagi kad raya. Terharu sangat-sangat tau... Terima kasih kepada mereka yang bagi DN kad raya ini. Dalam banyak-banyak kad raya yang DN dapat, satu kad raya ni DN musykil sikit. Hmmm...
Tak kisah lah awak nak sayang saya pun. Itu hak awak tapi siapakah 'AWAK' ini? Dapat kad raya tidak bernama. Siapa yang bagi ni baik mengaku cepat. Kalau tidak saya buang. Haha... Ugutan sungguh kan. :p
Apapun terima kasih atas hamper dan kad raya tersebut. DN sangat-sangat hargainya walaupun dapat daripada 'AWAK' yang tidak bernama. Tahun depan jangan serik bagi lagi ye.... :)
Ok, masa untuk membuat kerja pula. Petang ni nak cari spa lagi. Kena keluar dari Seksyen 13 ni kot. Hmmm.... Selamat Hari Raya kalian. Jangan makan banyak-banyak tau. Nanti gemuks DN jumpa tak kenal pula. Haha... :p
errr..errr..macam saya je tu.hahahaha.. saya pun tak ingat dah. sebab banyak sangat saya send..
ReplyDeleteoooo... awak lh yg xbernama tu ye. nasib mengaku. kalau x dah buang. haha... :p
Deletethanks utk kad raya tu... :)
wah ada dapat kad raya lagi.. ila dapt 3 je dua big bos.. satunclient kiki
ReplyDeleteok lh tu dpt lg... perasaan dpt kad raya lg best kan.. :)
Delete