Yeayyy! Meeting habis awal hari ini. Hee... Hai semua. Currently DN di Johor Bahru. Disebabkan meeting habis awal, DN ada masa untuk bercerita di sini. Semua sudah bersedia membaca cerita DN? DN mulakan dengan cerita di Universal Studio Singapore (USS) ye...
Inilah sahabat yang bersama-sama DN ke USS pada hari tersebut, En. Ariff & Ain. Kami pergi bukan semasa peak day seperti hujung minggu atau cuti sekolah so tiket untuk masuk ke USS berharga $68. Masuk 1 hari ke sini sudah cukup untuk bermain permainan yang ada di sini. Kebanyakan gambar-gambar yang DN letak di sini adalah dari En. Ariff. Thanks En. Ariff di atas gambar-gambar yang cantik ini. Harap tak serik lagi ambil gambar kami ye...
Pemandangan di hadapan pintu masuk sahaja sudah cukup untuk membuatkan semua yang datang berhenti seketika dan menangkap gambar. Di luar pintu sahaja sudah cantik, apatah lagi di dalam kan...
Bila masuk di dalam USS, suasana sudah sepenuhnya berbeza. Seperti berada di alam fantasi sahaja. Selamat datang ke alam fantasi realiti....
Tempat pertama yang kami pergi adalah di Madagascar.
Kami menaiki bot dan melihat kehidupan madagascar di dalam hutan. Siapa pernah melihat cerita madagascar ini pasti tahu watak-watak yang ada dan bila masuk ke sini tidaklah tertanya-tanya siapa mereka ini. Kemudian, kami menaiki roller coaster yang tidak panjang dan tidak terlalu mencabar tetapi sudah cukup untuk membuatkan kami menjerit. Bukan takut tapi seronok rasanya bila dapat menjerit kuat-kuat. Hilang stress...
Kemudian kami ke Far Far Away. Cantik kan castle ini. Apa ada di dalam? Haa... Di dalam ini kami telah disajikan dengan tayangan Shrek 4D. Take a good care of your camera tau sebab tiba-tiba kita akan kena splash dengan air semasa tengah syok tengok cerita.
Lepas tu kami naik dinasour ini di Jurassic Park. Tak jauh pun dinasour ni pergi. Setakat pusing-pusing & naik turun sahaja. Itu pun dah buat kami gembira.
Treasure Hunters inilah masa yang paling lama kami tunggu. Lebih dari sejam. Naik jeep untuk membuat pusingan sebanyak satu kali tetapi tak tahu apa yang hendak dicari. Setakat tengok sahaja. Mujur lah pemandangan cantik, takde lah tension sangat walaupun rasa buang masa tunggu lama-lama.
Apa ada di dalam ini? Kami tak masuk sebab mereka semua taknak naik roller coaster yang lagi panjang dan berbelit-belit.
Jadi kami hanya bergambar dengan mereka di luar sahaja. Walaubagaimanapun, kami masuk ke dalam Transformers dan secara jujurnya, menaiki kapal Transformers memang terbaik dan paling best dari yang lain-lain. Mereka yang pergi ke USS jangan lepaskan peluang untuk masuk ke Transformers tau. Kami sangat teruja dan gembira sampai gambar terlupa nak tangkap. Huhu... Worth it and two thumbs up!
Kami meneruskan perjalanan dan berhenti seketika melihat persembahan Sesame Street. Teringan masa zaman kanak-kanak dahulu. Antara cerita kartun yang DN suka tengok. Bila dah besar, takde dah nak tengok cerita sebegini lagi kecuali di sini.
Last but not least, kami bergambar dengan lelaki ini. Siapakah gerangannya yang boleh membuatkan DN bergelak ketawa sebegitu? Haha.. Memang menghiburkan. Dah penat berhibur, kami berhenti makan sebelum keluar dari USS.
Begitulah day trip DN ke USS. Insyaallah jika ada rezeki lebih DN nak pergi lagi. Siapa nak ikut? Jom!! ^_^
Yeaaah, bab transformer tue naik banyak kali. Memang best.
ReplyDeleteitu lh kan yana... tp kalau masuk transformers dulu then baru main yg lain2, mesti dah rasa xbest. transformers kena masuk last skali baru puas hati.. :)
Deletesyoknye ... saya tak sempat lagi nk menjejakkan kaki ke sana lagi ..
ReplyDeleteinsyaallah, satu hari nanti mesti akan ke sini.. :)
Deletebestnya.. kalau g sana.. saya nak peluk elmo.. hihi
ReplyDeletebukan setakat elmo je boleh peluk kt sini.. pegi lh. memang best.. :)
Deletekena kumpul duit dulu.hihi
ReplyDeletexpe... cukup nanti pergi ye... ^_^
Deletearghhh DN x ajakkkkk
ReplyDeletehihi... jom! boleh je repeat lg.. :)
Deletehuhh...serius...teringin sgt nak g ke sana...huwaaa...
ReplyDeleteapa lg? 1st step, buat passport dulu ye.. lepas tu terjah je ke sini. hee...
DeleteSiapakah gadis berbaju pink kehitaman tue ek...
ReplyDeleteBulatnye die he...23x
ok, larikkkkkk
haha.... kejap je bulat tu. japgi kurus balik.. :p
Deletewahhh.. bestnyer... Comelnyer DeqNoor.. ;)
ReplyDeletecomel? makin melebar dgn jayanya dlm gambar tu. oh tidak! kena turunkan balik. huhu...
Deletesaye pun paling suke masuk transformer rase cam berbaloi sangat datang sini...kami pergi time malaysia public holiday masyaAllah ramai betul manusia! berejam beratur nak masuk transformer...
ReplyDeleteHi. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-GardensByTheBay-dll) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 #LoveTravel~Lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86
ReplyDelete