Filem MIG : Aji Noh Motor


 Aji (Alex Yanz) + Noh (Zalif Sidek) + Motor

Filem ini berkisar tentang mereka. Filem arahan Ajiboy ini mengetengahkan genre komedi romantik islamik di mana dalam kita bergelak ketawa dengan komedi yang ditonjolkan, terselit juga unsur-unsur islamik yang menjadi pedoman dan panduan kepada penonton. Satu usaha penyatuan dan hasil filem yang harus dipuji.


Filem ini mengisahkan tentang Aji, yang merupakan abang kepada Noh. Mereka berdua adalah anak yatim piatu. Selepas kematian ibu bapa mereka, Aji yang menjaga Noh. Aji terlalu sayangkan adiknya sehingga sanggup melakukan apa sahaja. Aji bekerja di bengkel motor bersama-sama dua orang rakan baiknya. Aji sering terlibat dengan lumba motor dan sangat dikenali ramai kerana kejaguhannya di dalam lumba motor. Walau bagaimanapun, orang kampung tidak suka dengan aktiviti mereka yang sering berlumba motor ini. 


Noh pula mempunyai karakter yang berbeza dengan abangnya. Noh rajin ke surau untuk mendengar ceramah agama dan dalam masa yang sama mempelajari ilmu persilatan. Noh merupakan seorang yang sangat istimewa kerana buta mata tetapi tidak buta hati. Disebabkan itu Noh dapat mempelajari ilmu persilatan dengan baik.


Walaupun Noh buta, Noh diminati oleh seorang gadis kampung yang turut sama sering mendengar ceramah agama di surau bernama Sutera (Wawa Zainal). Pada satu hari, mereka telah mendengar ceramah agama tentang Haji. Ceramah tersebut telah memberi kesan yang mendalam dalam diri Noh sehingga menyebabkan perasaan ingin menjejakkan kaki ke tanah suci sangat menebal. Oleh itu, semasa hari lahir Noh, Aji berjanji untuk menunaikan apa sahaja permintaan Noh. Noh menyatakan hasrat untuk menziarahi kubur ibu bapa mereka dan menunaikan Haji. Pelbagai usaha dilakukan oleh Aji untuk menunaikan hasrat adik kesayangannya itu. Apa? Pergi Haji naik motor?


Untuk mengetahui apa yang dilakukan oleh Aji untuk menunaikan hasrat adiknya itu, dapatkah mereka menunaikan Haji, bagaimana kesudahan Noh dan Sutera serta banyak lagi, saksikan "Aji Noh Motor" di pawagam berhampiran bermula 20hb September 2012 ini. Cerita ini membawakan kelainan dalam komedi dan pastinya sesiapa yang menonton teruja dan seronok melihatnya. Kami bertepuk tangan selepas menonton cerita ini kerana puas hati dengan filem yang dihasilkan serta menepati genre yang diketengahkan. 4/5 DN berikan untuk cerita ini. 


Layan dulu trailer ini untuk mendapatkan feel sebelum menonton. Hee.... 

Kredit to Bro Framestone atas jemputan dan gambar serta MiG Online atas poster di atas. 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. kalau da sampai bertepuk tangan tu, ternyata tak mengecewakan filem ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menghiburkan. gelak sakan kami dlm panggung. hee...

      Delete
    2. hmmmm berfikir panjang mengenai filem ini

      Delete
    3. kenapa perlu berfikir panjang?

      Delete
  2. glamer pulak si zalif ni skrg..kelakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lh... beliau memang kelakar & comel...

      Delete
  3. comei aja si fasha pakai tudung.. huhuuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf fathi.. bukan fasha tp wawa zainal.. :)

      Delete
  4. hmm dont have any intention to watch this movie walaupun wawa yang comel secomel DN belakon!

    hmm bukan tak support. just filem malaysia seperti kurang gula dalam teh o

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin u xminat tengok cerita melayu but to be honest with u, cerita komedi romantik islamik ini memang kena dgn genre filem ini. u xboleh mengharapkan lebih dr genre yg cuba diketengahkan... :)

      Delete
  5. Saya tak expect best sangat bila tengok Aji Noh Motor, tapi bila tengok tu memang surprise =D ceritanya sangat unik, bukan macam komedi lain. Ade part yang kelakar memang kelakar. Saya sangat suka Alex Yanz dalam cerita ni, lakonan efektif. Zalif pun best jugak. Tapi saya paling suka watak dua orang kawan Aji tu.

    Yang watak jahat pula, saya suka tengok kawan si Don yang muke jambu-jambu, yang curi duit dari tabung budak mintak derma tu, yang last-last kena ketuk dengan kayu besbol tu. Ekspresi dia kelakar, lakonan efektif, tapi bila tunggu credit takde name pulak. Siapa dia? Artis baru?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo.. yg pelakon tambahan itu kan. saya pun tidak pasti namanya dan pihak MIG juga tidak mengetengahkan nama beliau. maaf, saya tidak dapat menjawab soalam awk ini...

      Delete
  6. kalau ada masa mcm nak tgk je filem ni nanti..:D

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^