Harris Hotel & Conventions Festival CTLink Bandung

 Awal lagi ni... Sempat lagi update di sini sebelum meeting mula. Hihi.... Hi semua! Harini DN nak tunjukkan hotel yang DN menginap semasa berada di Bandung. Dah start cerita Bandung, selepas ini DN akan update berkaitan Bandung sahaja ye.


Nama hotel ini adalah Harris Hotel & Conventions Festival CTLink Bandung. Panjang kan namanya. Hihi.. Terletak di Jalan Peta, iaitu lebih kurang 5km dari bandar. Jika bertanyakan dengan orang-orang di Bandung, hotel ini agak jauh lokasinya kerana jauh dari bandar tetapi DN suka sebab bebas dari jam dan bunyi bising di bandar. Hotel ini juga bersambung dengan shopping complex so tidak susah untuk mencari makanan. 


Hotel ini baru lagi tau so kesemuanya masih dalam keadaan baik. Salah satu sebab DN memilih hotel ini adalah sebab baru. Lain-lain, sebab warna oren. Boleh ke terima alasan itu? Haha... DN memang suka warna oren ye so jangan pelik DN memilih hotel ini. Memang most of the color is orange. Sedap je mata memandang. Tak percaya? Jom kita jenguk ke bilik pula.


Beginilah suasana di dalam bilik. DN memilih bilik double bed berharga RM127 semalam. Katil memang empuk dan tinggi. Terdapat juga kerusi panjang, LCD TV, meja dan berkarpet. Bilik tidak terlalu besar tetapi tetap selesa kerana susunatur yang kemas dan terkini.


Tengok katil tu... Apa yang berbeza dengan hotel-hotel lain. Ada perasan apa-apa yang lain tak? Siapa pernah pergi hotel ada bantal peluk "Big Hug" macam ni? Seriously ini pertama kali DN dapat hotel yang ada teman untuk dipeluk. Warna oren pula tu. Hihi... Best! Bukan itu sahaja tau...

 Pertama kali juga DN masuk hotel ada bekas aromaterapi dan berbau oren. Hmmm.... Sangat mengujakan tau. Selain itu, di sudut lain terdapat almari, cermin panjang, pantry, security box dan juga peti ais mini yang boleh nampak di dalam. Susun atur sebegini memang nampak kecil tetapi kemas dan teratur kerana dipisahkan di satu sudut yang berbeza.


Kita jenguk ke toilet pula. Walaupun kecil, tetap selesa kerana semua keperluan tersedia dengan baik. Sabun juga bau oren ye. mujur sanitary wares tidak berwarna oren. Kalau tidak, memang DN duduk taknak keluar dah dalam toilet tu. Haha... Apa lagi nak warna oren?


Tengok tu? Cawan dan hanger pun berwarna oren. Ikutkan hati rasa nak ambil bawa balik je tapi tak baik macam tu kan. So DN pergi ke kedai di bawah dan membeli cenderahati warna oren dari hotel ini. Ingat nak beli "Big Hug" tapi susah pula nak bawa balik nanti so tengok dan peluk je lah sepanjang DN berada di sini. Sobsob...

Makan breakfast di sini juga sangat best tau sebab terdapat banyak makanan walaupun hanya breakfast. Rambang mata DN dibuatnya dan rasa nak makan semuanya tapi perut bukan besar mana pun. So apa yang DN buat, setiap hari DN akan breakfast di hotel ini dengan harga Rp80.000 sehari. Kena bayar asing sebab bilik yang DN ambil without breakfast.

So apa pendapat kalian bila tengok hotel ini? Menarik dan rasa fresh kan. Ada peluang ke Bandung lagi DN nak menginap di hotel ini lagi. Best sangat-sangat tau...

GTG... Sambung cerita lagi nanti. Babai...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. Love it!!! comel jek deco dia (^_^)

    -aty_comey-

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.... dah balik sini rasa rindu pula dgn bau aromaterapi di sana... :(

      Delete
  2. hmm menarik.. tak ada brekfast tu pn takpe an, janji dpt tdo n dpt mandi dah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. xnak breakfast kt hotel, tempat lain pun boleh sbb sebelah shopping complex je pun. senang nak cari makanan...

      Delete
  3. dekorasi hotel ni menarik la...dan penuh warna oren kan DN...HAHA...tapi yg paling penting selesa da la kan...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... bila menarik camni boleh jadi terapi tau. best! :)

      Delete
  4. Hai DN..1st time view..hotel ni tak lah mahal sangat..menarik.. tengok pic pun cam bestt sangat..ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sudi singgah di sini..
      hotel ini mmg tak mahal dan memang menarik. sgt puas hati menginap disini.. :)

      Delete
  5. Suasana tempat pun nampak selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu nurul... boleh jd terapi stress juga bila duduk di sini... :)

      Delete
  6. wah... kalau dalam gambar pun sangat2 menarik, apa lagi kalau merasa sendiri kan?? adoi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul.. pengalaman dan perasaan yg sukar utk digambarkan...

      Delete
  7. Replies
    1. kannn!!!! suka sgt duduk sini. rasa macam xnak keluar dr bilik je. hee...

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^