Kampung Baso, Jl. Setiabudhi, Bandung

Alhamdulillah... Kenyang harini makan di TGIF dan rumah terbuka klien. Dah habis raya pun masih ada rumah terbuka lagi. Hmm... Tak kisah lah. Layankan sahaja asalkan makan free. Kan... Kan... Hee. Kali ini pun DN nak bercerita tentang makan tapi bukan makanan di Malaysia tau. Bandung la.. Mana lagi. Hehe...

Tak habis-habis cerita di Bandung kan. Layankan sahaja. Semasa di Bandung DN sempat singgah di Kampung Baso yang terletak di Jl. Setiabudhi. Apa yang ada di Kampung Baso ini?



Ada playground untuk kanak-kanak bermain dan kedai makan serta tempat jual pelbagai jenis bakso mentah. DN tak beli bakso mentah sebab DN singgah di sini pada hari kedua so nak simpan lama-lama sebelum balik takut rosak pula makanan tu. Jadinya DN makan sahaja di sini. 


DN memilih Bakso Goreng yang rangup ini dengan minum jus alpukat. Memang sedap. Rasa nak tambah je tapi segan. Nak segan dengan siapa entah kan. Hehe....


Tempat makan lain yang DN pergi di sana adalah Restoran Sederhana. Restoran ini menghidangkan masakan nasi padang.


DN juga sempat merasa masakan sunda di Restoran Raja Sunda.


Selain itu, DN pergi ke Gampoang Aceh. Disinilah tempatnya terdapat masakan Malaysia. Nak minum teh tarik, makan roti canai dan lain-lain masakan Malaysia boleh ke sini ye.


Sebelum DN kembali ke Malaysia, DN dibawa makan Nasi Padang sekali lagi. Tak susah nak cari makan di Bandung kan. Yang penting cari tempat yang besar dan selesa jika mahu makanan yang dijamin boleh makan. Kalau warung di tepi-tepi jalan tu, tak berani nak makan. Huhu...

Selesai bab-bab makan. Sekali harung je DN cerita pasal makan ni sebab makanan kat sana kalau tak nasi padang, masakan sunda. Itu je yang glamor pun. Nanti DN tunjukkan tempat-tempat shopping yang DN pergi ye. Heee... I like!!!! Tunggu.....
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

11 Blue Komen:

  1. sedapnyaaa makan nasi padangg. yummmyyyy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka nasi padang ye... DN makan sekali dua boleh lah. Hari2 nak ngadap, jemu gak. huhu...

      Delete
  2. jus alpukat tu jus apa tu awk?? macam sedap je

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! lupa nak beritahu. jus alpukat tu jus avokado. sgt glamor kalau ke indon.. :)

      Delete
  3. tunjuk barang shopping tu DN..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. barang shopping xde la tangkap gambar... plastik bag ada. hee... :p

      Delete
  4. g sorg ke awk?besh nye jejln saje..
    best bace mcm g sme..
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.... xde yg nak teman so pergi sendiri je lah... ajak hubby g jenjalan nanti ye.. :)

      Delete
  5. waaaa semuanya sedap2 dan menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun... kena pelbagaikan jenis makanan. baru xjemu.. :)

      Delete
  6. kat kantin ada dijual jus alpukat. rm2 sahaja. selalu gak minum.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^