Luahan : Cuti Tahunan Ditolak

Hari ini semua orang sedia maklum adalah hari Ahad. Walaupun hari Ahad, DN tetap masuk ofis atas dasar rasa tanggungjawab untuk menyiapkan kerja. Semalam DN baru balik dari Johor, hari ini DN sudah berada di ofis. Ada sesiapa yang sanggup bekerja seperti DN? DN bukan rajin sangat pun sebenarnya tapi DN tak sampai hati nak biarkan orang tunggu surat-surat dari DN. Walau penuh macam mana pun schedule DN, DN tetap cuba beri yang terbaik dalam kerja-kerja di bawah seliaan DN. Penat dan letih jangan cakap lah. Kadang perasaan moody itu akan datang tanpa dipaksa bila badan tetap dipaksa-paksa untuk bekerja tetapi DN pendamkan sahaja. Cuba untuk tidak menempiaskan apa yang dirasa ini kepada orang lain.

Secara jujurnya hari ini rasa letih itu masih ada tetapi DN gagahi juga masuk ke ofis. Tapi hari ini bila masuk ke ofis, ada sesuatu yang telah mengganggu emosi DN. 


Cuti tahun DN ditolak 3 hari kerana cuti Hari Raya. DN terus call bertanyakan kenapa cuti DN ditolak 3 hari sedangkan DN bekerja pada hari-hari tersebut? DN dimaklumkan ia adalah compulsory. Hmmm.... 

Sebelum cuti Hari Raya DN sudah maklumkan yang DN akan masuk bekerja kerana banyak kerja yang perlu DN siapkan. Tiada siapa pun yang melarang DN dari bekerja. Tiada siapa yang beritahu bahawa cuti Hari Raya adalah compulsory dan tidak dibenarkan masuk bekerja. Ataupun beritahu jika DN masuk bekerja, cuti tetap ditolak kerana compulsory. Tiba-tiba, hari ini ada copy leave ini atas meja DN dan telah ditolak 3 hari. 

Kalau DN masuk ofis pada hari tersebut tanpa inform sesiapa, DN boleh accept. Ini DN sudah beritahu yang DN akan masuk bekerja. Kalau DN tahu compulsory, dari awal DN tak masuk bekerja dan duduk rumah sahaja. Kerja? Bila DN masuk ofis baru DN buat dan tak siap, tunggu lah sampai bila DN boleh siapkan. Jika ada klien atau mereka yang tidak puas hati atas kelewatan kerja-kerja DN, DN boleh buat tak kisah sebab DN kerja makan gaji sahaja. Bukan company DN pun kan.

Kalau nak berkira sangat cuti dengan DN, baik hari Ahad macam hari ini DN tak datang. DN bekerja Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang sahaja sama seperti orang lain. Tak siap kerja hari ini, DN sambung keesokan harinya. Hari-hari cuti bila diganti dengan cuti baru DN datang bekerja. 

Jika DN bekerja setakat nak dapat gaji lepas itu balik, DN boleh sahaja nak bekerja seperti itu. Tapi DN bukan orang sebegitu. DN bekerja dengan ikhlas untuk memastikan kerja-kerja di bawah seliaan DN berjalan dengan lancar tanpa mengira waktu dan penat. Tetapi kadang kala perkara-perkara sebegini yang membuatkan DN emosi dan rasa ditindas. DN tidak mengganggu kerja orang lain, jadi DN minta tolong jangan serabutkan DN dengan perkara-perkara sebegini. 

Hmmm... Mungkin DN emosi sikit hari ini dan bila ada sesuatu perkara yang kurang menyenangkan DN, tiba-tiba panas sahaja hati ini. Hmm... Istighfar banyak-banyak DN. 

Lepas DN dah luahkan di sini, DN semakin tenang. Walaupun begitu, perasaan tidak puas hati itu tetap ada. 3 hari bukan satu jangka masa yang pendek ok... Huh... Tak nak cakap apa-apa dah. Just put yourself in my shoes then you know what I feel. Daa...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

16 Blue Komen:

  1. bukan senang nak dpt pekerja cam DN ni..so patutnya x pyhlah nak berkira sgt dgn cuti tu kan.3 hari tu byk jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la wida... 3 hari tu memang banyak... :(

      Delete
  2. sy lah yg tolak cuti tu. Mende boleh bincang tggu la esok isnin.. Pasal infotm keje time cuti tu ckp dgn sape?... Kalau masuk ofisx perlula nk tunjuk yg d nor sorang banyak keje dan ignor staff lain. Kalau ade masalah lain mari semuka dgn akk kite bincang elok2.. Susah sgt ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tolak sbb bos suruh kan... Ini luahan xpuas hati DN dekat bos. Jgn terasa pulak ye...

      Delete
  3. apa lagi.. mohon buat mogok.hehehe

    p/s : saya rasa DN dah mula boleh berkira2 untuk cuba buat perniagaan sendiri,mulakan daripada sekarang.. sampai bila kita nak kerja jadi kuli ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. mogok? bukan dpt apa2 faedah pun kalau buat mogok kan... hehe...

      ada juga terfikir tp DN ada target yg perlu DN capai dulu. Sabaq no... ;)

      Delete
  4. Well D N, that's life.The rewards from ALLAH is much greater
    and will go unnoticed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It's true... You must be used to it. I tried to adapt whatever happen to me.

      Delete
  5. Ya Allah.. Kalau kena kat Nurul pun nurul hangin.. sabar yer Deq Noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas dah luahkan di sini, dah reda dah... itulah life kan nurul.. :)

      Delete
  6. da x terasa dah.. sume dah settle...heheheh :-)

    ReplyDelete
  7. 3 hari? byk tu...bila cuti kena tolak mcm tu je mmg terasa rugi sgt la kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang pun... tp apa boleh buat... harap dipertimbangkan semula

      Delete
  8. ohh..orang opis pun tahu DN luahkan rasa tak puas hati kat blog ye. walaupun blogger lain cakap saya blogger popular atau femes, takde sorang pun amb tahu yg saya ni blogger.

    pernah juga saya datang o.t tapi tak dibayar. sehari je. malas nak timbulkan isu. company besar..kalu nak claim gak, kena pegi bangunan lain, jumpa orang tu jumpa orang ni.

    tapi bagus juga DN bersuara. susah nak cari pekerja macam DN.

    ni kisah lama kan. skrg ni dah tak kerja sabtu dan ahad. betul tak?

    ReplyDelete
  9. @Ladfe Amir kerja je sabtu ahad kalau xde event. tp malas nk kecoh2. stalker ramai sgt... huuu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^