Bila nak ke Singapore pasti ramai yang runsing untuk mencari makanan halal. DN pernah mengalaminya suatu ketika dahulu. Sebenarnya, tak susah pun. Kebanyakan tempat kini sudah prihatin dengan makanan halal dan banyak tempat di Singapore telah menampal logo halal bagi memudahkan kita mencarinya.
Seperti baru-baru ini DN ke USS, terdapat banyak kedai makan halal di dalam tempat tesebut. Hanya ambil map USS di entrance depan, dalam map sahaja telah ditunjukkan lokasi kedai makan yang menyediakan makanan halal. Setiap kedai ditampal dengan logo seperti di atas.
Selain itu, di tempat-tempat lain juga sebenarnya banyak menyediakan kedai makan halal selain di Arab Street. DN berkesempatan ke Eunos untuk Solat Maghrib dan makan malam di sana. Bagaimana untuk ke Eunos? Mudah sahaja dengan menggunakan MRT yang disediakan.
Kepada mereka yang datang dari Johor Bahru, boleh ambil bas 170 untuk turun di MRT Kranji. Di Kranji, beli tiket ke Eunos. Kalau tak silap DN, harga tiket $3.20. Lepas dah beli tiket tu, pastikan menaiki train menuju ke Jurong East. Bila sudah sampai ke Jurong East, tukar train dan menuju ke Pasir Ris / Cangi Airport. Eunos terletak di station menghala ke Pasir Ris / Cangi Airport tersebut. Mudah kan! Kedai makan memang terletak berhampiran dengan MRT Eunos tersebut. Masjid juga tidak jauh dari MRT.
Di sana DN makan Macaroni Goreng Ayam dengan harga hanya $4.
Selain itu, DN juga makan Fried Carrot Cake yang berharga $3.50 sahaja. Eh, sebenarnya DN takde lah makan sangat. Ini makanan kawan-kawan DN. DN cuit-cuit je sebab dah kenyang. Hehe... Ingat lepas ni bila ke Johor nak datang ke sini lagi untuk makan malam, lepas tu keluar Johor semula. Haha... Semangat kan! Sanggup tu... :D
Singapore bagi Nurul ok lagi nak cari makanan halal.. masa g bangkok dulu yg ktorang tahan kelaparan.. kedai halal payah gila nak cari.. yg ade was2 nak makan..
ReplyDeletebangkok mmg lg susah nk cari.. kena ada kawan muslim di sana baru senang..
Deletekalau saya la yang pergi singapore ni, dah tentu2 saya lost.ehehehe
ReplyDeletekena ajak DN lah tu. hee... :p
DeleteBagaimana sara hidup d singapore..berapa agaknya gaji yg sesuai di sana?
ReplyDeletemaaf.. saya bukan berasal dari Singapore jadi saya tidak mahir untuk menjawab soalan ini. boleh rujuk terus kepada mereka yang bekerja di singapore ye.. :)
Deletewah nice info
ReplyDeletehalal murah, klop tenan
thanks sob infonya...
@nining handayanis enjoy ya bila di sana.. :)
ReplyDeletecoach outlet store
ReplyDeleteralph lauren sale clearance
cheap ray ban sunglasses
jordan retro
mcm handbags
cheap jordan shoes
birkenstock sandals
asolo boots
pandora outlet
philipp plein shirt
cc20180522