Sari Ater Hot Spring Resort, Ciater - Subang, West Java - Indonesia

Hi semua! Nak tahu cerita selanjutnya DN di Bandung? Jom rajinkan diri untuk baca ye...


DN menuju ke Sari Ater Hot Spring Resort yang terletak di Jl. Raya Ciater, Subang, West Java, Indonesia. Kawasan pemandian air panas yang menjadi tarikan dan tumpuan mereka yang berkunjung ke Bandung. Perjalanan dari bandar mengambil masa lebih kurang 2 jam kerana laluan yang tidak terlalu lancar untuk menuju ke sini. Ini kerana jalannya yang bengkang-bengkok dan sedikit jam. Walaupun begitu, tetap tidak menghalang DN untuk ke sini.


Selain dari mandi air panas, terdapat aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini seperti :-

Kebun strawberi (petik sendiri) - Rp7.000
ATV Off Road - dari Rp25.000 ~ Rp205.000
Jeep Off Road - dari Rp305.000 ~ Rp595.000
Berkuda - dari Rp15.000 ~ Rp420.000
Go-Kart - dari Rp35.000 ~ Rp55.000
Wall Climbing - Rp15.000 & Rp20.000
Flying Fox - Rp15.000 & Rp20.000

Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan di sini. Terdapat pelbagai pakej ditawarkan bagi mereka yang berminat untuk beraktiviti di sini. Boleh terus layari www.sariater-hotel.com untuk mengetahui lebih lanjut.


DN tidak membuat semua aktiviti yang disediakan di sini tetapi DN hanya ke kolam rendam kaki ini. Memang nyaman bila dapat letak kaki di sini. Nampak kolam kecil di atas itu? Itu adalah punca air panasnya dan di dalamnya sangat panas berbanding dengan persekitaran di luar kolam kecil tersebut. DN letak kaki sekejap je dalam tu. Panas woooo....


Kemudian DN ke Kamar Rendam. Bagusnya di sini, kamar rendam lelaki dan perempuan dipisahkan jadi tak perlu risau kerana kita tidak mungkin akan bertembung dengan pria di kamar rendam ini. DN di bawa di kamar rendam yang agak jauh ke belakang. Mungkin memang dikhaskan untuk kamar rendam wanita. Jom kita tengok apa ada di dalam kamar rendam ini.


Terdapat kolam untuk berendam yang muat hanya untuk seorang sahaja. Jika kita datang 2-3 orang, yang lain akan mempunyai kamar rendam sendiri. Air di dalam kamar rendam ini juga panas dan jika tidak tahan, gayung disediakan untuk bersiram.

Sebelum masuk di dalam ini, DN telah dinasihatkan untuk berendam selama 5 minit sahaja kerana dikhuatiri tidak tahan dengan panas tersebut yang boleh menyebabkan pengsan atau pening kepala. Keluar seketika dari kolam, jika rasa boleh bertahan lagi, masuk semula ke dalam kolam atau hanya bersiram menggunakan gayung. DN juga dinasihatkan untuk tidak mengunci pintu semasa berada di dalam kerana dikhuatiri jika berlaku apa-apa kecemasan dan DN tidak keluar selepas 40 minit, mereka akan menabrak masuk.


Di dalam kamar rendam ini juga terdapat cermin dan tempat untuk meletak beg serta menyangkut pakaian. Jika tidak membawa peralatan untuk mandi, jangan risau kerana tuala, sabun dan syampu disediakan. Untuk masuk ke kamar mandi ini, hanya perlu membayar Rp40.000 sahaja.


Selain kamar mandi private, terdapat juga kolam mandi terbuka yang terletak tidak jauh dari kamar mandi. DN perlu melalui kolam mandi terbuka ini sebelum sampai ke kamar mandi private tersebut.

Selesai sudah DN mandi di Sari Ater Hot Spring Resort ini. Nampak muka DN berseri-seri selepas mandi? Haaa... Memang terasa kesegarannya selepas dapat mandi air panas tau. Jom kita ke destinasi seterusnya. Ke mana? Makan lah.... Lapar ni. Hee... Nantikan update DN seterusnya ye... ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. nape n3 DN cam bahasa indonesia jer..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak! yeke wida. hihi... baru seminggu kt indon, duk setahun kt sana lg lh bertukar bahasa terus kot.. :p

      Delete
  2. wah.. bestnya. macam2 aktiviti boleh dibuat kat sini kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. buat team building pun boleh...

      Delete
  3. bila da melancong ni...mmg seronok pergi tempat2 mcm ni..boleh relaks kan diri...nasib baik air tu panas...kalau tak panas mesti ada yg berendam lama2 kan..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. berendam lama2 dlm swimming pool boleh la.. dlm kolam air panas ni, mau pengsan pulak nanti...

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^