FAT Transformer di SUNTEN China

Nak tahu apa yang DN buat sehingga perlu ke Guangzhou, China? Di sini DN akan story serba sedikit kerja DN. Agak-agak ada yang tak faham tu, buat-buat lah faham ye. Hihi.... 


Jom ikut DN. Ke mana? Kita ke kilang SUNTEN. Kalian nak tahu apa yang DN buat di kilang ni? DN perlu mengesahkan transformer jenis cast resin dengan menjalani factory acceptance test (FAT) di sini sebelum dibawa ke Malaysia. 

Serba ringkas yang boleh DN ceritakan mengenai SUNTEN, kilang ini telah dibina pada tahun 1988 dan ianya telah berkembang menjadi pembekal peralatan sistem pembahagian dan penghantaran yang terkenal di dalam dan luar negara China. Selain itu, SUNTEN merupakan pengilang terbesar yang membekalkan dry type transformer di China. SUNTEN mengeluarkan transformer dari kapasiti 1000kVA sehingga 10000MVA.

Sepanjang DN bekerja di dalam bidang ini, apa yang DN ketahui adalah AREVA, iaitu sebuah syarikat transformer yang besar dan berpengaruh telah mengambil alih SUNTEN untuk satu jangkamasa tertentu. Kini, dengan kemampuan yang dimiliki oleh Schneider Electric (SE), SE telah mengambil alih AREVA. Maka dengan itu, SUNTEN juga kini di bawah Schneider Electric dan dikenali kini sebagai Schneider Electric Sunten.


Semasa DN di sini, DN dan rakan kerja yang lain telah diberi taklimat ringkas dan di bawa ke Exhibition Centre. Di sini DN dapat bergambar dengan cast resin transformer pertama yang dibina oleh SUNTEN. Selesai taklimat dan lawatan di Exhibition centre, kerja DN untuk mengesahkan factory acceptance test pun bermula. 

Kalau dilihat pada gambar terakhir, itulah transformer yang akan dibawa pulang ke Malaysia. Terdapat 5 buah transformer yang terlibat dengan kapasiti 1600kVA, 2000kVA dan 2500kVA. Antara test yang terlibat adalah seperti berikut :-

1. appearance check and inspection.
2. measurement of winding resistance, insulation resistance, voltage ratio, vector connection, no load loss, no load current, impedance voltage, short circuit impedance, on load loss and partial discharge.
3. Power frequency voltage and induced over voltage withstand test.

Test ini mengambil masa yang lama. Oleh itu, kami ada berhenti seketika selama 2 jam kerana pekerja mereka perlu berhenti makan, rehat & tidur untuk seketika. Kami pula di bawa melawat kilang melihat cara pembuatan transformer semasa pekerja mereka sedang berehat. Selepas jam 2 petang baru FAT disambung semula. Maaf, DN tidak dapat menunjukkan kepada kalian cara pembuatan transformer tersebut disebabkan kami tidak dibenarkan mengambil gambar sepanjang lawatan kilang berlangsung.

Selesai FAT ini, segala data yang diperolehi perlu disahkan oleh DN dan beberapa orang lain yang terlibat. Selepas itu, baru transformer tersebut akan dihantar ke Malaysia. Beginilah sebahagian dari kerja-kerja yang perlu DN lakukan. 

Amacam? Dah boleh transform jadi Bumblebee? Kalau nak besar lagi, boleh je jadi macam Optimus Prime tu. Hee.... (Mengong dah DN)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

13 Blue Komen:

  1. Selain itu, SUNTEN merupakan pengilang terbesar yang membekalkan dry type transformer di China. (saya terus terbayang optimus prime dengan megatron.hahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha... canggih sgt transformers tu.. transformer yg ni xboleh transform dgn sendirinya... :p

      Delete
  2. He...23x Deq Noor dah mengong...

    Apa kes nie, dah lama xjumpa bro terus jadi macam nie.. Sian

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengong la bila byk kerja setiap hari. mujur ada blog Deq Noor ni. Dapat release tension sikit. huhu....

      Delete
    2. Sembang dengan bro pun boleh release tension gak kan... :)

      Delete
    3. memang boleh tp kalau dh sampai 2-3pagi, xkan nak kacau bro pulak kot....

      Delete
  3. Replies
    1. dah cuba nk buat orang faham tapi tu lh... xreti. huhu...

      Delete
  4. Hehehe... Deq Noor dah pandai wat lawak.. :)

    ReplyDelete
  5. baca tajuk ngan cerita mmg berbeza.

    transformer nilah yg akan tukar voltan supaya ianya bersesuaian dengan voltan yg boleh digunakan betul tak Cik DN.

    ReplyDelete
  6. DN , tgk post tittle trus teringat megatron dgn optimus prime .. haduih...ingatkan ade model " transformer versi gemok " kt china .. hahahha gelakkan diri sendiri . yela tjuk pun gempak " FAT Transformer".. hahahah

    ReplyDelete
  7. cast resin material mempunyai ketahanan suhu kelas brape...boleh kah insulation resin rosak disebabkan pemanasan semasa transformer beroperasi hampir puluhan tahun,,

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^