Tai (Angah Raja Lawak) & Kun (Along Cham)
Filem Taikun adalah gabungan dari dua nama diatas. Filem arahan Ismail 'Bob' Hasim ini menampilkan filem bergenre aksi komedi di samping menyelitkan nilai-nilai pengajaran yang boleh diambil iktibar.
Tai dan Kun adalah dua orang sahabat baik. Mereka mempunyai jiwa gangster di dalam diri menyebabkan mereka suka bergaduh. Mereka telah menumpaskan ahli-ahli geng King Cobra dan ahli-ahli geng Black Rose. Kedua-dua geng ini memang bermusuh sejak sekian lama.
Kehebatan Taikun di dalam pergaduhan menyebabkan ketua geng Black Rose, Manan (Zul Suphian) dan ketua geng King Cobra, Sarip (Alex Yanz) berebut untuk memiliki mereka berdua. Mereka telah diberikan wang, kereta mewah, rumah, perempuan dan macam-macam lagi untuk memastikan mereka setia dengan geng mereka dan sebagai kepercayaan kepada mereka berdua.
Taikun bijak kerana pandai membawa diri walaupun terlibat dengan kedua-dua geng tersebut. Mereka berjaya meraih kepercayaan ketua kedua-dua geng sehingga menyebabkan segala rahsia dikongsi bersama mereka berdua. Namun, kedua-dua geng ini menghadapi masalah apabila kegiatan mereka dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Geng Black Rose menyalahkan geng King Cobra dan begitu juga sebaliknya.
Siapakah dalang yang membongkarkan kegiatan mereka dengan pihak berkuasa? Dapatkah Taikun terus membawa diri tanpa dikesan dengan kedua-dua geng tersebut? Apa yang akan terjadi dengan Taikun selanjutnya?
Ingin mengetahui apa yang berlaku antara Taikun, geng Black Rose dan geng King Cobra, jangan lupa saksikan di pawagam berhampiran anda. Taikun akan mula ditayangkan pada 4hb Oktober 2012 ini. Ingat tau....
4hb Oktober 2012
Jom layan trailer Taikun dahulu... ^_^
Kredit to Bro Framestone untuk jemputan ini...
Kelakar kan :P
ReplyDeletemmg kelakar... best! :)
Deletemacam menarik pulak cerita ni...
ReplyDeletebest sbb banyak aksi dan dalam masa yg sama lawak tetap ada...
DeleteEh... Apa pendapat Deq Noor mengenai filem ini ek?
ReplyDeleteCer citekan.. Dengar Deq Noor ketawa je tengok filem ini tempoh hari...
Alamak! Lupa nak komen ler... hihi..
Deletesecara ringkasnya menarik & sesuai untuk ditonton oleh mereka yg sukakan cerita aksi komedi... :)
esoklah yer?
ReplyDeletemakin glamer pulak angah RL ni kan
esok wida...
Deletebetul tu. byk lg filem angah RL akan berlakon.. :)
Hehehe.. macam best..
ReplyDeletememang best... :)
Deletetoms outlet
ReplyDeletemichael kors outlet online
fendi bags
levis outlet
oakley sunglasses on sale
kd 8 shoes
true religion sale
kate spade outlet online
nfl jerseys
nike outlet store
170517yueqin