Halal Food, bukan "Pork Free" di Guangzhou, China

Inilah masalahnya bila pergi trip organized by orang-orang Cina. Mereka tidak tahu atau tidak mahu ambil tahu yang Pork Free dan Halal Food adalah dua perkara yang berbeza. Haishhh... Dah lah hari pertama sampai ke sini dibawa terus ke hotel dan arrange untuk makan di kedai makan "Pork Free". Nak sampai hotel sahaja ambil masa lebih 2jam, lepas dah check-in, keluar balik dan perlu menempuh perjalanan lebih 1 jam untuk mencari kedai makan halal. Manalah kami tidak angin kan.

Rasanya ada je kedai makan halal berhampiran hotel yang kami menginap di Shunde, cuma mungkin mereka yang organize kami ni tak tahu di mana. Sebab tu kena kembali ke Guangzhou untuk makan. Dah lah DN lambat turun dari bilik hotel sebab bagasi DN tak sampai-sampai. Kesian mereka yang lain kena tunggu DN. Macam-macam hal kan hari pertama kami sampai di sini.


Selepas perjalanan lebih 1 jam, kami tiba di Muslim Restaurant. Sementara tunggu makanan sampai, kami makan pie daging kambing yang sedap ini dan juga buah apa, DN tak pasti. Tapi rasanya macam epal. Sedap... Lauk pertama yang sampai adalah daging kambing masak stim ini. Sedap dan lembut dagingnya. Bau pun takde tau. Terbaik rasanya.


Tidak lama kemudian, beberapa lauk lain pun sampai. Makaihhh! Banyaknya lauk. Apa lagi, memang DN tak makan nasi lah. Makan lauk sahaja sebab takut lauk tak habis. Serius masakan di sini semuanya sedap-sedap belaka.


Sampai lagi lauk yang entah ke berapa banyaknya. Haa... Tadi bising kata lapar kan. Nah kau. Makan puas-puas ye. Bila sampai ke China, tidak sah kalau tidak makan sate kambing. Memang lembut dan terbaik rasanya tau... DN awal-awal dah surrender dulu. Tak larat nak makan banyak-banyak camni. Memang banyak makanan tak habis. Membazir pula rasanya tapi beginilah style mereka makan. Bila habis, tambah lagi. Habis, tambah lagi. Ish2...

Semua makanan yang kami makan ini berjumlah lebih kurang 2,400 yuen. Tukar kepada RM, lebih kurang RM1,200. Mahal kan! Tapi bukan DN yang bayar so makan je lah. Hihi...


Hari berikutnya kami dibawa makan di kedai ini, Qinghai Moslem Restaurant. Di sini lauk yang dihidangkan agak berbeza dari restaurant sebelumnya. Jika dibandingkan rasa, masakan di Muslim Restaurant lebih sedap. Di sini, ada yang sedap dan ada yang boleh lah nak makan.


Maklum lah, tekak orang Jawa kan. Bila tempe tiada dan digantikan dengan kacang, memang terasa lainnya. Hihi... Alasan sungguh kan. Yang pasti, sate kambing tetap dihidangkan untuk kami menjamahnya.


Hari ketiga kami di sini, kami dibawa makan tengah hari di Glass House. Lauk di sini dihidangkan lebih sedikit dari hari pertama kami di Shunde. Budget lah tu. Hihi... :p


Tak kisah lah kan. Yang pasti kami tidak kelaparan di sini. Masakan di sini juga tidak kurang sedapnya. Tapi tetap tidak dapat melawan rasa masakan di Muslim Restaurant.


Malamnya pula, kami dibawa dinner kembali ke Qinghai Moslem Restaurant. Kali ini masakan tidak banyak daging kambing atau lembu, lebih kepada seafood. Variety makanan yang disediakan semasa kami di sini jadi tidak lah muak sangat asyik makan lauk yang sama sahaja.

Arrangement makan semasa di Guangzhou lebih teratur walaupun makanan tidak banyak dan cukup-cukup untuk kami makan. Ish.. Ishh... Makanan banyak complain, sikit pun complain. Macam-macam kan. Hihi...

Tapi trip kali ini adalah trip yang tidak dapat dilupakan apabila kami terpaksa makan tengah hari dengan mee maggi sahaja disebabkan tidak diarrange makan halal semasa di Shunde. Perkara ini berlaku semasa hari kedua kami di sini, iaitu hari factory acceptance test (FAT) diadakan. Bila dah lapar, maggi pun sedap,. Huhu...

Jika berpeluang untuk ke FAT lagi, harap perkara sebegini tidak berulang. Mungkin DN akan pastikan organizer arrange untuk Halal Food, bukan Pork Free seperti yang berlaku semasa kami berada di sini.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. smpai rm1200?emm..mahalnya, mujur bukan DN yg kena byr kan..hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lh... melantak namanya makan sampai mahal camtu. hihi....

      Delete
  2. Mak Aii.. makan aje dah sampai ribu2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. diorg yg order... DN makan je. xsangka mahal camtu...

      Delete
  3. bestnya noor,
    jalan2 ...rajinnya noor gi oversea ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. urusan kerja puan.. kalau x, xde nak ke oversea selalu...

      Delete
  4. adeh...sebenarnya, masa tgh baca entri ni, perut saya tgh lapar.. bila baca entri ni, saya rasa saya perlu mencari makanan untuk dimakan..ahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. saje je suruh tgk gambar mknn byk2. hee... makan biar berpada ye... ;)

      Delete
  5. uishh.. dah la tengah lapar ni. slurps!

    http://kaio.my

    ReplyDelete
  6. Tue kambing rajin mandi, sebab tue tak ada bau he..23x

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul lh bro... nmpk sgt kambing malaysia takut air.. :p

      Delete
  7. erk...makan sampai RM1200...telan air liur je tgk harga tu...tapi kalau bukan kita yg bayar...makan je la kan DN..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. makan ramai2... ade lh dlm 15 org. ok kot harga tu...

      Delete
  8. Humang hai....makan x ingat donia...bestnyer dpt jln2 org bawak...bila la nk ada peluang jalan2 cmnie....erk...ada jwtn kosong x...keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah.. peluang itu akan dtg kelak.. :)

      err... xde bunyi2 nk amik org kerja lh. huhu...

      Delete
  9. wife saya pun ada pergi China tahun lepas. tapi dia cakap senang dapat makanan halal.

    tapi dia pergi sorang. saya kena tinggal ngan anak sulung. huhu.

    ReplyDelete
  10. @Ladfe Amir mmg senang nk dpt makanan halal cuma org2 cina ni yg xarrange...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^