Holiday Inn Shifu, Guangzhou, China

 Selesai factory acceptance test (FAT) di Guang Dong, kami ke Guangzhou dan menginap di Holiday Inn Shifu, Guangzhou, China. Kami tiba di sini awal malam maka, selepas check-in, kami bergerak untuk menikmati makan malam. Holiday Inn Shifu ini terletak di kedai-kedai yang menjual pelbagai barangan baju, kasut dan lain-lain dan memang padat serta jam untuk ke sini. Perlu merempuh deretan kedai dahulu sebelum sampai ke hotel ini. 


Masuk sahaja ke bilik ini... Wowwww! Besarnya. Dah lah menginap seorang diri dalam bilik besar ini. Bosan je tiada teman untuk berbicara. Ecehhh... :p 

Katil yang empuk dengan pelbagai jenis bantal disediakan. Ada bantal yang lembut sangat sampai letak kepala je tenggelam, ada yang keras sikit dan banyak lagi. Pendek kata, bila tak boleh tidur dengan bantal lembut, tukar bantal lain. Tak boleh juga, ada pilihan bantal lain lagi. Hoho.... Best wooo...

Berhadapan dengan katil terdapat tempat letak bag, peti ais di dalam kabinet, pantry di atas kabinet dan LCD TV. Mujur di sini ada siaran ESPN, HBO dan banyak lagi so tak bosan sangat dalam bilik. 


Di sudut hujung berdepan dengan cermin mengadap luar, terdapat sofa 3+1 dan meja kerja yang besar. Memang DN tak duduk langsung di sofa tu sebab tak perlu kot nak duduk di situ tetapi meja kerja itu adalah DN gunakan untuk buat kerja. Berdepan dengan pintu masuk pula terdapat almari kayu yang besar. Apa ada di dalam almari? Jom kita jengah ke dalam.


Terdapat selipar dan tempat letak kasut, iron, iron board, hanger dan... bantal lagi? Berapa banyak bantal nak bagi daaaa.... Sebelah almari ini pula pintu menuju ke toilet. Jom kita ke toilet pula.


Wowww! Besar juga toilet di hotel ini. Dari pintu masuk, sebelah kiri terdapat basin bowl yang comel dan tempat letak toiletries yang panjang. Di sebelah kanan pula tergantung tuala jenis baju dan timbang berat. Adehhh... Stress ok. Nampak je penimbang ini DN terus timbang berat DN. Dah naik kg lah pulak. Dushhh! Rasa nak buang je penimbang berat ni. Tipu orang! Haha... (Tak boleh terima kenyataan berat dah naik)


Yang paling best ada bath tub tu... Boleh tidur dalam bath tub masa mandi. Hee.... Antara basin dan bath tub pula terdapat tandas yang comel ini dan terdapat toilet paper serta telefon di atasnya. Hmmm... Bilik ini keseluruhannya ada 3 telefon. Dalam toilet, sebelah katil dan di meja kerja. Banyak.. Banyak... Macam biasa, toiletries yang disediakan akan dibawa balik untuk simpanan. Tak tahu bila akan guna.

Amacam? Best kan hotel ini. Tapi malangnya tiada free wifi except dekat lobby. Huh... No choice, DN beli lah untuk 2 malam DN di sini. Yang paling surprise, murah la pulak. Hanya 50yuen untuk 2 malam. Minta deposit punya lah banyak sampai 300yuen. Layankan sahaja. 

Breakfast pun banyak choice di sini. Takde kami kelaparan sebab kebanyakan hotel di China susah nak dapat makanan halal. Harga bilik ini DN tak pasti tapi kalau ikut www.holidayinn.com, deluxe room RM806.92????? Erkkk!! Mahalnya! Hmmm.... Betul ke tak DN tak pasti tapi itulah harga yang DN jumpa.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. motif letak scale tu?erkk..saje je tau..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. letak dlm toilet.. nak suruh timbang sebelum buang air & selepas buang air berkurang xberat. haha... :p

      Delete
  2. Patutlah sangat selesa... berbaloi dengan harga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmm.. tapi mcm mahal sgt je nurul....

      Delete
  3. Replies
    1. best... rasa nk tido xnak bgn pagi je. hihi...

      Delete
  4. Replies
    1. sorang2 je dlm bilik... sbb orang lain pun dapat bilik sorang satu...

      Delete
  5. harga mahal sebab ada penimbang tu kot.

    DN travel mana2.Offstation mana2. DN jaga keselamatan diri ye. Dah tambah sorang lagi kat dunia ni yg risaukan DN nampaknya..adoi

    ReplyDelete
  6. @Ladfe Amir haha.. xperlulh smpai camtu. btw, thanks... :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^