Assalamualaikum.
Semua dah sampai di kampung ke? Almaklum lah... Kebanyakannya dah balik beraya hari ini. Tadi DN nak ke PJ untuk membuat submission di TNB PJ, lalu Federal Highway punya lah jam. Mesti semua orang berebut-rebut nak meninggalkan kota kan.
Kepada yang sudah sampai di kampung, Alhamdulillah... Mesti gembira dapat berjumpa dengan mereka-mereka yang disayangi.
Kepada yang masih di dalam perjalanan, berhati-hati ketika memandu. Jangan memandu mengikut emosi dan banyakkan bersabar ye.
Kepada yang masih bekerja dan tidak bercuti hari raya, takpe2... tahun ini perlu bekerja kan, tahun depan balun cuti lama-lama ye. Hee....
DN? Err... DN masih bekerja hari ini dan esok DN cuti. Insyaallah DN akan balik ke kampung. Ingat nak balik kampung hari ini tetapi banyak pula baju nak dicuci selepas 3 hari bermesyuarat di Johor Bahru. Tapi tak tahu lah kalau dah siap semuanya, malam ni DN balik ke kampung.
Tengok keadaan. Taknak mengganggu perjalanan orang lain nak balik ke kampung halaman tercinta. Iyelah, jauh juga DN nak balik ke kampung Shah Alam tu. Hee..... Mesti mereka tak sabar tunggu kepulangan DN. Ada ke? Hee.... Sabar ye. Selesai semua kerja DN balik.
datangla beraya kat umah saya awk.hehehe
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha tau awak :)
selamat hari raya... datang raya? segan lah sorang2... hee...
Delete