Kisah di Hari Raya IdulAdha

7.40 pagi... Di rumah ayahanda dan bonda...


Mama : Solat mula pukul 8.30 tau. Cepat siap!

DN : Eh, bukan pukul 9 pagi ke?

Mama : Pukul 9 orang dah habis solat lah. Mama pergi dulu. Nanti bawa adik-adik tau.

DN : Baik mam! Hee...


Jam 8.30 pagi baru bergerak ke masjid bersama adik-adik. Maklum lah, masjid dekat. Sampai ke simpang masjid, kelihatan penuh dari simpang masuk masjid dengan kereta. Semua dah double park so kena lah DN buat triple park. Huhu...

Selesai park kereta, jalan kaki masuk ke masjid. Tergamam seketika. Ramai sangat-sangat orang sampai atas bumbung, kawasan tanah, jalan, tempat ambil wuduk, semua dipenuhi dengan orang mendirikan solat. DN nak masuk ke tempat perempuan memang tak dapat lah kan sebab keliling masjid penuh orang solat. Jadi apa yang DN buat?

sumber gambar

Ada satu sahaja sejadah, bentang atas jalan raya bersebelahan dengan bangsal kambing, solat IdulAdha berkongsi sejadah seramai 4 orang. Huhu... Pengalaman yang tidak dapat dilupakan di Hari Raya IdulAdha tahun ini. Selesai solat, ramai mata memandang kami. Ahhh.. Peduli apa DN. Yang penting DN dapat solat Hari Raya bersama-sama jemaah yang lain. 

Mana tak ramai. Ramai betul foreigner yang solat di masjid Hari Raya tahun ini. Memang meriah. Lagi-lagi korban lembu tahun ini 17 ekor manakala akikah 10 ekor kambing. Fuhh..... Terbaik! Foreigner yang ada di masjid lagi lah gembira bila dapat daging banyak. Boleh makan setahun katanya. Penduduk yang ada menumpaskan beberapa ekor sahaja, selebihnya dengan bantuan mereka dapatlah selesai kesemua ekor kambing dan lembu. 

Apa cerita IdulAdha kalian? Cuba cerita... Nak tahu jugak.. ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. Bro terlambat pergi.. sebab bakal isteri terlambat iron baju....

    Sampai2 je nampak mcm penuh... sekali time solat ada banyak slot kosong di shaf belakang...

    La.. Tak ramai orang tahun nie ek.. Pelik...

    Ramai sangkut dekat KL kot...

    Mcm nie... cancel buat calon la DN nie.. lambat sangat... Tak banyak tempat buat solat kul 9.. semua awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish bro ni... Iron lah sendiri... Rasanya ramai yg balik kampung sebab jalan pun jam kan. Mungkin ramai yg xpegi solat raya. Hee....

      Saja sakat mama. Memang dah tahu pukul 8.30 pun... :)

      Delete
  2. raya wida x best..sbb x dapat balik kg.demam pulak tu..baring atas katil jer..emm

    ReplyDelete
    Replies
    1. dugaan tu wida... sabar ye.. semoga wida beransur sihat.. :)

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^