MAC... Kenapa perlu naikkan harga ?

Psssttt!! Girls out there. Siapa pengguna MAC seperti DN sila tekan ?????????????? lama-lama di bahagian komen. Kenapa? Sebab pasti kalian juga seperti DN, terkejut kenapa tiba-tiba MAC naik harga.

DN perasan lepas DN ke MAC Sunway Pyramid minggu lepas. Hmm... Tiba-tiba terlintas dalam fikiran DN. Adakah selepas Bajet 2013 diumumkan harga barang perlu dinaikkan? Apa kaitan barangan kosmetik ini dengan Bajet 2013? DN pun tak tahu. Tapi yang pasti barangan MAC sudah naik harga. 

DN beli foundation dan compact powder haritu. Tiba-tiba haritu DN perlu keluarkan duit lebih banyak daripada biasa. Biasa bayar RM220 sahaja. Tapi bayar juga lah kan. Takde pula DN nak tanya lebih-lebih dengan mereka haritu. Balik ke rumah DN cek barang yang sama DN beli dulu.

Cuba tengok perbezaan harga di atas tu. Dulu, foundation RM115 dah jadi RM118, manakala compact powder dari RM105 dah jadi RM118. Kenapa compact powder naik harga lebih dari 10%? Banyak tu. Dah sama harga dengan foundation dah. Huh...


DN masih simpan barang yang sama DN beli dulu sebab bila dah habis guna, cukup 6 barang boleh tukar dengan lipstik berharga RM68 seperti di atas. Hari yang sama DN beli barang haritu, DN bawa 6 barang yang DN dah habis guna dan tukar dengan lipstik ini. 

Mujur tukar kepada 6 barang itu masih valid. Mana lah tahu bila dah naikkan harga barang, tukar kepada lipstik juga dah tak boleh. Confirm DN taknak guna MAC dah. Huhu...

Ini yang DN perasan. Sedapkan hati, tak semua barang MAC naik harga kot. Cuma beberapa barang je. Tapi tak tahu lah kan sebab DN tak guna semua produk MAC ni. Entah-entah memang semua barang naik harga. Kesian pengguna MAC tegar kan. Tapi kenapa perlu naik harga? (Tetap tidak puas hati) :(
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

13 Blue Komen:

  1. ????????? Adeh, naik lg ke? Ni dah kali ke 2 MAC naik hrga semenjak mnjadi pngguna MAC nih. Tapi ni kire ok la naik 3 ringgit je. Last time ade yg naik 5 - 10 ringgit depend on jenis product. Pasni trpaksa la kejar MAC warehouse sale je klu nk murah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naik lagi ayu... huhu... Foundation je naik 3hinggit. nak tunggu MAC warehouse sale bukan selalu diorang buat... :(

      Delete
  2. Eh cop! Studio fix compact tu dh naik dr 105 ke 118??????? Apakah?????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye ayu... kannnnnn.... naik rm13 tu. apakah??????????

      Delete
  3. ada kaitan ke sampai make up pun naik harga? musykil ni...huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah la ezad... gula yg dinaikkan harga, make up pula yg naik harga. ape kaitan gula dgn make up? hee...

      Delete
  4. wida pakai bedak baby jer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnye boleh pakai bedak baby je... jeles i tau...

      Delete
  5. Banyak jugak beza tu... Biasalah skrang semua dah naik.. tapi naik secara mendadak tu yg boleh pengguna marah.. :)

    sabor yer deq noor...

    ReplyDelete
  6. Maaf, bro baru tahu MAC tue apa he..23x

    ReplyDelete
  7. emm.. tak pakai mekap MAC ni. wife saya tak tahulah pakai ke tak. tapi ada satu tu saya nampak kat meja solek

    ReplyDelete
  8. survey2 harga sebab baru nak try terjumpa blog ni. malu nak pegi survey harga kat kaunter. haha

    ReplyDelete
  9. @Fieda Redzuan hee... xpe.. at least ada usaha utk cari. thanks singgah sini.. :)

    Ini harga 2012.. 2013 dh harga lain tau. naik lagi.. :(

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^