Saturday, October 13, 2012

Masjid dan Makam Saad Bin Abi Waqas, Guangzhou, China

 Assalamualaikum semua! DN akan sambung semula bercerita mengenai DN di Guangzhou, China. Alhamdulillah, semasa DN di sana, DN telah dibawa menziarahi makam Saad bin Abi Waqas ini. Secara jujurnya semasa DN berada di Guangzhou, China, inilah perkara yang paling bermakna jika dibandingkan dengan aktiviti yang dirancangkan oleh mereka sepanjang kami berada di sini. Itu pun atas inisiatif salah seorang dari kami yang menyertai trip ini. Nampak sangat aktiviti lain tak best kan. Hihi...


Gambar di atas adalah jalan menuju ke masjid dan makam sahabat Rasulullah s.a.w ini. Jom ikut DN menuju ke masjid. Masjid tersebut terletak jauh ke dalam dan perjalanan dari depan pintu gerbang ini mengambil masa selama 2 minit. Dari jauh boleh dengar sayup-sayup azan...


Inilah masjid yang DN maksudkan itu. Mengikut pembacaan DN, Saad bin Abi Waqas telah menetap di Guangzhou dan ia mendirikan Masjid Huaisheng ini yang menjadi salah satu tonggak sejarah Islam paling berharga di China. Masjid ini menjadi masjid tertua yang ada di daratan Cina dan usianya sudah melebihi 1300 tahun.

Masjid Huaisheng ini kemudian dijadikan Masjid Raya Guangzhou "Remember the Sage", atau masjid untuk mengenang Nabi Muhammad s.a.w. Masjid ini juga dikenal dengan nama Masjid Guangta, kerana masjid dengan menara elok ini yang letaknya di Jalan Guangta. Ta berarti menara, kerana menurut sejarahnya menara masjid ini adalah yang tertinggi pada awal pembinaannya berbanding bangunan lain.


Syukur alhamdulillah DN berpeluang untuk solat Zuhur di masjid ini. Selesai solat, kami menuju ke makam Saad bin Abi Waqas, sahabat Rasullullah s.a.w yang dijamin masuk syurga.


Disinilah terletaknya makan tersebut, dikelilingi dengan kubur lain yang merupakan rakan seperjuangan beliau. Sebahagian percaya bahawa Saad bin Abi Waqas menghabiskan sisa hidupnya dan meninggal di Guangzhou, China. Makamnya menjadi satu lagi tempat kunjungan pelawat dari seluruh pelusuk dunia. Sampai di Guangzhou adalah tidak rasmi bagi kita orang Islam kalau tidak menjejakkan kaki ke sini.

Namun sebahagian lagi menyatakan bahawa Saad bin Abi Waqas meninggal di Baqi’ berhampiran Madinah dan dimakamkan di kawasan makam para sahabat. Walaupun tidak diketahui secara pasti di mana Saad bin Abi Waqas meninggal dan dimakamkan, namun yang pasti ia memiliki peranan penting terhadap perkembangan Islam di China. Kalaupun kubur yang ada di China itu bukan kubur Saad bin Abi Waqas; tetapi pastinya kubur tersebut adalah kubur seorang berbangsa Arab yang memiliki jasa besar kepada perkembangan Islam di China.


Tidak jauh dari makam tersebut, terdapat perigi Saad bin Abi Waqas. Selesai solat dan menziarahi makam beliau, kami menghabiskan masa di sini. Di kawasan perigi ini terdapat kawasan untuk duduk beristirehat dan kami duduk di sini sambil minum air perigi tersebut.


Air dari perigi ini akan dipam naik dan ditadah dalam cawan plastik. Mula-mula, DN taknak minum tetapi bila lihat semua rakan-rakan DN yang lain minum, DN pun minum segelas. Hmmm... rasanya sedap seperti air zamzam. Tapi yang pasti bukan air zamzam, air ini adalah air dari sumber mineral asli. 

Sumber bacaan : Ensiklopedia Muslim

Terima Kasih Sudi Singgah Blog Deq Noor

10 Blue Komen:

Bro Framestone said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Agak menarik juga tempat ini...

Nurul Akmal said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Masjid diaorang penuh dengan tradisi..

deq noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tenang je disini....

deq noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul tu... seronok dpt tengok tradisi org...

boni kacak said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pengalaman yang sangat indah awak dapat rasai..wah..seronoknya.. pasti suasana dia rasa sangat lain berbanding dengan negara sendiri kan?

deq noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul tu... mmg perasaan yg berbeza semasa berada di sini...

Ezad Skytech said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

seronok bila dpt melawat tempat2 yg mcm ni..:D

deq noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

betul tu... bila teringat balik, syahdu rasanya...

Ladfe Amir said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bertuah Deq Noor dapat melawat makan salah seorang Sahabat Besar Nabi s.a.w

kalau saya berpeluang ke China, saya juga ingin ke sini. selain daripada tu saya teringin nak melawat tempat Laksamana Cheng Ho membesar serta makam Maharaja Tang Tai Zong

deq noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Ladfe Amir alhamdulillah... peluang itu ada bagi mereka yg berusaha.. :)

Mereka Sudi Meninggalkan Jejak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Copyright © 2012-2013 Reserved to Deq Noor Design with love by Cik Rose Cute