Movie Review : PE3

 

PE3 merupakan filem bergenre aksi komedi arahan Farid Kamil. Farid Kamil bukan sahaja mengarah, bahkan beliau juga tampil sebagai pelakon utama dalam filem ini. Filem ini telah menjalani penggambaran sepenuhnya di Pulau Pinang dengan mendapat sokongan padu dari pihak Polis di Raja Malaysia (PDRM) Pulau Pinang.






 

Filem ini mengisahkan tentang satu geng rompakan yang diketuai oleh Megat (Farid Kamil). Megat seorang yang cekap dalam mengatur strategi rompakan dan mempunyai seorang adik bernama Lina (Diana Amir). Lina telah berjumpa dengan Fumi (Kamal Adli) semasa Lina terlibat dengan ragut di mana Fumi telah menyelamatkan Lina. Dari peristiwa itu, Lina dan Fumi kerap berhubung sehingga membaitkan perasaan cinta di dalam diri masing-masing. 

Megat dapat menghidu kisah percintaan adiknya ini dan menyebabkan Fumi dipanggil untuk menjalani beberapa ujian sebelum layak untuk menjaga adiknya. Megat kagum dengan kehebatan Fumi. Ini menyebabkan Fumi diserap untuk menjadi salah seorang ahlinya dan terus menjadi adik iparnya. 


Walaubagaimanapun, kebanyakan kegiatan mereka dapat dihidu oleh pihak berkuasa. Keadaan telah menjadi huru-hara tetapi Megat tetap meneruskan perancangannya melakukan rompakan tanpa serik walau telah beberapa kali diserbu. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Rompakan mereka gagal lagi untuk kesekian kalinya.

Siapakah dalang dalam geng rompakan ini? Dapatkah Megat terus terlepas dari pihak berkuasa? Apakah rompakan yang dilakukan oleh mereka? Segala persoalan dapat dirungkaikan dengan menonton filem ini di pawagam berhampiran anda. Filem ini akan ditayangkan pada 18hb Oktober 2012.


Bagi DN, cerita ini memang sesuai dengan genre aksi komedi yang cuba diketengahkan. Cuma, terdapat banyak persoalan di dalam cerita ini yang tidak begitu jelas dan tidak diketahui apakah motifnya. Contohnya seperti merompak lori membawa cip yang besar tetapi dikatakan hanya ada 3 cip sahaja di dalamnya. Cerita itu berkesudahan sebegitu sahaja. Mana cipnya? Dimana lori tersebut diletakkan? Tiada liputan meluas dari media pun di kaca TV berkaitan rompakan tersebut. Senyap macam tu sahaja lepas tu terus next... rompakan berikutnya... Hmm... Banyak lagi sebenarnya bila tengok satu scene tu, apa motif scene ini? Tiada jawapan. Huhu... Apa yang boleh DN bagi, 3/5 sahaja. Itupun disebabkan adanya komedi yang boleh digelak ketawa. Aksi? Tak banyak pun...


Tengok trailer best kan. Nak tahu dan berminat menonton filem genre sebegini, saksikannya bermula 18 Oktober 2012 ini...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. hahaha... kalau bab yang scene tak jelas ni tak best ni.apa lagi bila ada scene yang tak sepatutnya ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hmmm... harap akan ada improvement untuk filem genre aksi dan bukan sekadar komedi semata-mata

      Delete
  2. diana amir pakai tudung x dlm cite ni?
    ada kamal adli..bestnya, wida suka dia..hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak... cite ni dibuat sblm diana amir bertudung...

      suka kamal adli ye. kena g tgk tu. hee..

      Delete
  3. Tgk trailer ad cam lawak sikit.. tapi cam best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. genre aksi komedi.. sbb tu ada lawak dlm movie ni. boleh lh nk layan... :)

      Delete
  4. tgk muka david teo berpakaian polis tu...hee...sengih sorang2 sy ni DN...hee~

    ReplyDelete
  5. another cite bangang dari farid kamil...sudah2 la bro..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde lh teruk sgt cite ni... boleh je nk layan..

      Delete
  6. Sekadar nak 'berhibur' n hilang bosan boleh ler citer nie, tapi kalau utk diangkat sebagai filem terbaik, rasanya jauh skali.... takder motif, takder logik... banyak babak tak berkaitan dan jelas... sedihlah, anak emas MIG nie tak guna kelebihan n kuasa bajet yg dimiliki n support oleh david teo, hanya mampu membazirkan duit dgn filem macam nie, alangkah lebih baik kalau filem nie digarap dgn lebih kemas dan tersusun. bukan sekadar melepaskan batuk ditangga dan melengkapkan kuota jumlah filem MIG dapat keluarkan tahun ini... ingat kualiti lebih penting dari kuantiti.... good film comes from a good storyline!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin farid kamil perlu terlibat dlm pengarahan sahaja, xperlu involve sekali sbg pelakon utama....

      Delete
  7. I hampir hampir tidur menengok filem ini. Tapi Diana Amir memang cun.

    ReplyDelete
  8. hambar je bg nyue filem...filem cnmi la yg buat kita xbrape nk menonton filem melayu...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^