Rich Forex Hotel, Shunde, Fo Shan, Guang Dong, China


Sampai sahaja DN di Guangzhou, perkara pertama yang dilakukan adalah menuju ke hotel penginapan. Perjalanan dari airport mengambil masa selama hampir 2 jam disebabkan jam dan hujan. Kami tiba di Rich Forex Hotel, Shunde, Fo Shan, Guang Dong, China sekitar jam 4 petang. Kami menginap di sini selama 1 malam sahaja disebabkan kilang untuk kami melakukan factory acceptance test (FAT) terletak tidak jauh dari hotel ini.


Beginilah suasana di dalam bilik hotel tempat DN menginap. Setiap seorang yang terlibat dengan FAT mendapat bilik seorang satu, so bilik ini memang besar untuk DN seorang. Katil memang empuk dan selesa untuk tidur cuma aircond di sini centralize system jadi DN tidak dapat control aircond. Walaupun begitu, terdapat heater untuk memanaskan bilik jadi sepanjang DN di sini, DN lebih banyak menggunakan heater daripada aircond. TV pula terletak bertentangan dengan katil. Memang sesuai menonton TV sambil tidur. Ehh? TV tengok DN tidur. Hehe...


Di satu sudut yang lain terdapat almari besar dengan pintu cermin dihadapan. Sekali pandang ingat cuma cermin besar sahaja. Rupa-rupanya dibelakang cermin terdapat almari besar. Dalam almari pula tersedia payung, tuala mandi yang jenis baju tu, hanger dan banyak lagi. Di sebelah almari pula disediakan pantry dan peti ais kecil.


Bila jengah ke bilik mandi, terdapat pelbagai toiletries untuk dua orang. Apa lagi, angkut bawa balik lah. Hihi... Bilik mandi kecil sahaja tetapi masih selesa untuk seorang. Apa yang penting, heater ada so tidak lah kesejukan sangat bila mandi. Hotel 4 star, takkan tiada heater. Betul tak.. Mesti lah kena ada.

Selesai buat review pasal hotel ini. Memang selesa tetapi mereka yang bekerja di sini semuanya tidak faham English so kena bercakap mandarin dengan mereka. Tak tahu, buka kamus lah. Hihi... 

Semasa DN tangkap gambar bilik ini, DN sedang menunggu bagasi DN. Diorang nak sangat hantar tetapi lepas 15minit tunggu pun tak sampai-sampai juga. Lepas tu, kena lah call tapi sepatah haram English DN cakap diorang tak faham. Huh... Masalah sungguh. Mujur ada free wifi di bilik dan kamus kecil DN bawa so cakap minta hantar beg warna merah ke bilik dalam bahasa Mandarin baru mereka faham. Huhu....

Harga bilik ini kalau tak silap DN RM179 satu malam. DN tak pasti sangat sebab bukan DN yang bayar. Hihi.... Tapi itulah harganya bila search di agoda. Ok lah harga bilik tu dengan keadaan bilik yang selesa. Ada sesiapa nak ke Fo Shan? Boleh la mencuba hotel ini tapi pastikan anda tahu berbahasa mandarin jika tidak mahu banyak masalah lain timbul.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. memang cantik dan menarik lah hotel tu...

    ReplyDelete
  2. Wah Deq Noor pandai ckp Mandarin.. bestnyer.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde lah pandai sgt pun... sikit2 je. practice make perfect.. ^_^

      Delete
  3. yeah, many have said that most of the people in China can't speak English. hmm, the hotel served complete requirements/needs!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah... so we have to know at least basic on mandarin language.. :)

      Delete
  4. kena belajar ckp mandarin lah.dulu masa study uitm..wida amik mandarin, tp x ingat dah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh... belajar mandarin tu. DN pun belajar sikit2 dgn orang ckp mandarin. kalau x, mmg susah nk communicate dgn mereka ni...

      Delete
  5. Hotel ni sediakan tu sajer ker....ada yg lain kan

    ReplyDelete
  6. Hotel ni ada sedia kemudahan dan fasiliti lainkan kan kan deq noor tak citer pun...kami tahu tau...!

    ReplyDelete
  7. hari tu masa pegi MSMW tempoh hari,sorang speaker tu traveler blogger. dia cakap jangan jadikan bahasa komunikasi sebagai satu masalah semasa kita travel.

    ada banyak cara utk komunikasi..DN dah buktikan.
    di mana ada kemahuan di situ ada jalan

    ReplyDelete
  8. @Ladfe Amir betul tu.. komunikasi penting tetapi masih boleh berkomunikasi dgn cara lain.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^