Yuexiu Park, Guangzhou, China

Mula-mula rasa malas nak cerita mengenai DN ke Yuexiu Park ini. Memandangkan sekarang ini DN masih di ofis dan rasa ingin berehat sebentar dari mengadap kerja-kerja yang banyak ini, apa kata DN story sikit mengenai tempat ini.


Yuexie Park adalah sebuah taman di mana terletaknya arca 5 ekor biri-biri jantan di atas busut kayu yang dibina oleh tiga orang pengukir terkenal iaitu Yin Jichang, Kong Fanwei dan Chen Benzong pada tahun 1959. Arca ini diperbuat daripada 130 granit dengan ketinggian melebihi 10 meter dan pada saiz 53 meter padu (termasuk asas). Kepala biri-biri jantan utama adalah seberat 2 tan di mana tanduknya yang sepanjang 2 meter sahaja sudah seberat 500kg. 

Asal-usul arca ini dibina adalah disebabkan oleh satu lagenda sekitar 2000 tahun yang lalu. Guangzhou merupakan sebuah negara tandus di mana penduduk tempatan bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan makanan dan juga pakaian. Satu hari, mereka terdengar satu bunyi asing dan tiba-tiba kelihatan 5 buah warna berbeza jatuh dari langit. Dari 5 warna tersebut muncullah sesuatu (cakerawala) dengan menaiki 5 ekor biri-biri jantan membawa 6 bekas pancang dari mulut mereka. Pancang tersebut diberikan kepada penduduk tempatan dan mereka akan bebas dari kebuluran serta hasil tanaman akan bertambah setiap tahun. Cakerawala dari langit tersebut kembali semula ke langit tetapi biri-biri jantan telah ditinggalkan lalu bertukar menjadi batu. 


Begitulah sejarah yang telah diceritakan oleh tourist guide DN semasa kami ke Yuexie Park ini. Tiada apa yang best kan. Yang ada atas tu cuma patung biri-biri jantan itu sahaja. Itu pasal lah malas nak cerita pada mulanya sebab tiada apa yang menarik pun. Tapi sekarang dah cerita lah pula. Layankan..... Hihi...

Done! Sambung kerja... ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. wah..sekurang2nya awak dah melancong ke sana sini..best tu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dpt melancong dgn kawan2 lg best.. :)

      Delete
  2. DeqNoor pergi sorang.. kalau pergi ramai2 mesti lagi best kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi sini ramai2 tp xbest pun. huhu...

      Delete
  3. keje keje keje..nnti nak cuti raya haji lagi, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee... nk camne. layan je lh keje ni...

      Delete
  4. best lah.walaupun dapat tangkap gambar arca patung kambing. China memang banyak mitos dan cerita karut marut.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^