1 Muharram
*Disunatkan berpuasa
*Tahun Hijriyah bermula pada masa pemerintah Khalifah Umar al-Khatab (13-23H)
10 Muharram
*Dikenali juga dengan nama 'Hari Asyura'
*Disunatkan berpuasa
*Pada hari ini telah berlaku :-
Hari pertama Allah menciptakan alam
Hari pertama Allah menurunkan rahmat
Hari pertama Allah menurunkan hujan
Allah menjadikan Arasy
Allah menjadikan Luh Mahfuz
Allah menjadikan Qalam
Allah menjadikan Malaikat Jibril
Nabi Adam bertaubat kepada Allah
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
Nabi Nuh diselamatkan Allah dari perahunya setelah bumi tenggelam selama 6 bulan
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari hangus dibakar oleh Raja Namrud
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
Penglihatan Nabi Yaakub yang kabur dipulihkan oleh Allah
Nabi Ayub disembuhkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
Nabi Yunus selamat dari perut ikan paus selama berada di dalamnya 40 hari 40 malam
Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari Firaun
Kesalahan Nabi Daud diampunkan
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
Nabi Isa diangkat ke langit
12 Rabiulawal
*Nabi Muhammad S.A.W. dilahirkan
27 Rejab
*Berlaku Israk Mikraj terhadap Rasullullah S.A.W. Dalam peristiwa inilah sembahyang 5 waktu sehari semalam disyariatkan
*Disunatkan berpuasa pada hari ini
15 Syaaban
*Allah menurunkan rahmat-Nya serta memberi pengampunan umum kepada hamba-hamba-Nya
*Disunatkan berpuasa
17 Ramadhan
*Nuzul Qur'an di mana turunnya ayat al-Qur'an yang pertama Iqra' di Jabal Nur atau Gua Hira'
1 Syawal
*Hari Raya Idulfitri
10 Zulhijjah
*Dinamakan juga "Yaumul Adha" atau "Yaumul Nahar" bermaksud korban
*Nabi Ibrahim menyembelih anaknya Nabi Ismail di Mina, tetapi akhirnya ditukarkan kepada seekor Kibas
*Para jemaah haji berkumpul di Mina untuk menunaikan rukun haji yang kelima iaitu bergunting dan melontar
Selamat Tahun Baru Hijrah. Wallahualam....
terima kasih dn sebab berkongsi :)
ReplyDeletesama2 boni...
Deletesalam maal hijrah
ReplyDeletesalam maal hijrah..
DeleteSalam Muharam Deq Noor.. ;)
ReplyDeletethanks nurul. salam muharam.. :)
Deletesalam maal hijrah DN :)
ReplyDeletesalam maal hijrah zuan... :)
Delete