Kenangan Semalam

 Fuhhh.... 6 jam drive dari Felda Lok Heng, Johor untuk kembali ke Shah Alam memang perjalanan yang meletihkan. Pukul 12.30 tengahari bergerak, pukul 6.30 petang baru sampai. Lepas ni nak ke Pulau Pinang pula. Balik dari sana, ke Johor kembali. Ukur jalan sahaja lah DN oooiiii.....

Dalam perjalanan balik, DN berbalas mesej dengan seseorang. Kesimpulan dari mesej itu, beliau ajak DN keluar untuk dinner. Beliau akan ambil DN di rumah. Apa? Ambil di rumah? Selama ini DN ke mana-mana sendiri, tiba-tiba kali ini nak ambil di rumah. Memang luar biasa. Tapi disebabkan DN pun agak letih drive, DN layankan sahaja.


Sementara tunggu beliau sampai, sempat lagi DN melelapkan mata. Hihi... Hari sudah malam dan DN pun masih keletihan, DN meminta untuk dinner berhampiran sahaja. Beliau bawa DN dinner makan semua ini... Meat lover's combo platter yang terdiri daripada spiced lamb kebab, bbq chicken wings, lamb ragout, beef lasagne, grilled beef fillet, chicken-mushroom cheese sausage, creamy mashed potatoes and chef’s sauce.


Sebagai sampingan DN memilih Warm Lava Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream. Kecil je kan... Cukup lah untuk DN makan seorang.... Nak tahu di mana DN makan semua ini?


Laman Grill Steak & Bar-B-Que, Seksyen 13, Shah Alam. Tak jauh pun dari rumah. Di sebalik semua layanan ini, terselit kisah di antara kita. Rupa-rupanya semalam merupakan genap setahun perkenalan kita. Sebab itu beliau berkelakuan berbeza. Tak sangka sudah setahun dan terasa masa berlalu begitu cepat. Terima kasih di atas ingatan ini. 

Terima kasih kerana terus memahami, menyokong dan membantu DN semampunya. Itu sudah cukup menggembirakan DN. Ya Allah, jika kehadirannya hanya sementara untuk menemani dan menguji DN, DN terima segalanya dengan redha kerana Kau lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diriku. Jika kehadirannya untuk menemaniku sepanjang hidupku dunia akhirat, Kau mudahkanlah dan satukanlah kami supaya dapat kami berkasih sayang dengan redha-Mu. Amin....
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

  1. restoren chef zubir yer.

    sedap lah mkanan DN tu..sikit2, tp boleh rasa semua

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye wida... nampak je sikit tp kenyang dibuatnya. DN makan pun tak habis...

      Delete
  2. wah..awak dah jumpa seseorang ye... saya doakan yang terbaik buat awak dan dia ye..semoga kebahagiaan itu akan terus kekal hinggalah ke akhir nyawa..amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks boni.... kita hanya merancang, perancangan Allah adalah yang terbaik.. :)

      Delete
  3. semoga dipermudahkan dalam mencari tman hidup..amin..smge dn bahagia selalu..rindu dn

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^