Deepavali baru-baru ini DN balik ke teratak bonda. Sekembalinya DN dari Johor, DN terus menuju ke sana untuk beberapa hari. Tetapi sepanjang beberapa hari di sana, ketenteraman DN tergugat. Siapa yang ada baca twitter DN mesti perasan banyak DN mengarut seperti di atas. Nasib lah kalau kalian rajin nak baca. Kalau tak, ignore sahaja. Twitter akaun DN kan... Hee...
Ketenteraman DN sekeluarga tergugat kerana jiran DN sangat aktif bermain mercun di malam hari. Kalau sekejap DN tak kisah tapi ini selama 3 hari berturut-turut. Mereka bermain bermula jam 10 malam sehingga 1 pagi. Lama kan... Orang lain nak tidur pun tak aman. Huh...
DN tak kisah untuk berjiran dengan bangsa lain tetapi tolong lah hormati jiran tetangga yang lain juga. Nak main sekejap-sekejap tu rasanya semua orang tak kisah tetapi dengan jangka waktu yang lama sebegitu memang lah semua orang kisah. Rasa nak buat report sahaja tetapi kami tak berbuat begitu sebab taknak lah bergaduh sesama jiran. Cuma kami berharap mereka lebih prihatin dengan setiap tindakan yang mereka lakukan.
Keesokan harinya, inilah hasil di atas kereta DN. Dah lepas hujan, memang melekat habuk-habuk kesan dari mercun mereka.
Di lantai depan rumah lagi lah macam-macam jenis sampah ada. Kalau bersepah dalam rumah mereka sahaja takpe, ini dengan rumah kita sekali bersepah. Ada nak tolong bersihkan rumah? Takde kan....
Persoalannya, kenapa mereka boleh bermain mercun sedangkan semasa hari raya kita tidak dibenarkan bermainnya? Mereka juga individu sama seperti kami. Bukannya syarikat atau sebarang occasion yang memerlukan bermain mercun berdentum kuat-kuat itu. Betulkan DN kalau salah, tetapi DN tak nampak apa-apa kebaikan dari tindakan mereka ini.
Hmmm... Dah berlalu pun kan. Apa pun, harap perkara ini tidak berulang lagi di masa akan datang. Nak follow DN? Silalah ke members sebelah kanan tu atau :-
twitter : @Deqnoor
Facebook : Deq Noor Shafawati
Instagram : deqnoor
Haha... Sempat lagi ajak follow.. :p Terpulang, nak follow silakan. Taknak, itu hak masing-masing. Sekian...
i follow..hehehe
ReplyDeletethanks wida... :)
DeleteKat rumah Nurul pun sama.. last2 kena sound dgn sorang abg tu nak report polis baru lah diam..
ReplyDeletemujur ada yg berani nk sound kan....
Deletemmg lama la diorang main mercun..even bkn sblh menyebelah rumah tp mmg dengar mcm pesta kat luar tu huuu..
ReplyDeletehappy sgt kot smbut perayaan diorang hee layan je la huuu
mula2 layan gak tp lama2 mmg annoying. huhu...
Deletejujur saya cakap dorang ni macam tak reti nak hormat orang lain... sebab saya pun lalui benda yang sama
ReplyDeletekannnnn.... huh.... stress dibuatnya
DeleteMemang kita boleh buat report jika ianya menganggu kejiranan.
ReplyDeleteDan polis tak akan dedahkan jiran yang mana yang buat report.
camtu ye bro... ok, next time happen lg DN akan ambil tindakan.. :)
Delete