Kombinasi Jeli, Ais & Buah


Jeng.. Jeng.. Jeng.. Tahu tak apa ini? Didalamnya terdapat jeli yang diliputi dengan kepulan ais kisar dan diserikan dengan buah-buahan segar. Untuk rasa yang masam manis, limau diberikan dan boleh diperah mengikut citarasa sendiri. Kombinasi yang menyegarkan tekak anda. Amacam? Terliur tak bila baca ayat DN ni? Sengaja nak bagi kalian terliur. Haha....

Apa? DN buat? Tak rajin ok DN nak buat. DN menikmatinya semasa berada di Johor Bahru. Lokasi untuk mendapatkannya adalah di Kedai Ikan Bakar berhampiran dengan Dataran Johor Bahru. Cuaca panas sebegini mengingatkan DN dengannya. Syoknya bila dapat makan benda-benda sejuk sebegini kan. Hee...

Eh, DN belum beritahu lagi apa namanya ye. Hmmmm... Nak tahu ke? Hmmm... Ok lah, DN beritahu. Namanya adalah Ais Jeli. DN hanya berjumpanya di Johor Bahru sahaja. Di Shah Alam atau KL DN tak pernah jumpa lagi. Kalau kalian ada ke Johor Bahru, cubalah pergi ke sana. Sedap woo... Lagi-lagi bila menikmatinya sambil makan ikan bakar. Terbaik!!! 
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. sedapnya..mesti segar je mata lepas mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu wida.. terngiang2 kt tekak (eh? macam salah je. hee...) rasanya. hehe...

      Delete
  2. Fuhhhhh menyesal masuk blog nie... dah meleleh air liur nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss! mission accomplished. heee... :p

      Delete
  3. first time saya dapat tau tentang benda ni..macam sedap je awak..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^