Movie : Skyfall - James Bond 007


Beberapa hari yang lepas DN telah dijemput oleh Bro Framestone untuk menonton filem Skyfall bersama-sama rakan bloggers yang lain bertempat di e@Curve Damansara. Satu hall telah di book untuk acara ini. Terima kasih diucapkan kepada Bro Framestone atas jemputan ini. Jangan serik ajak DN lagi ye. Insyaallah jika ada kelapangan, DN pasti tidak mengecewakan jemputan Bro Framestone ini.

Kredit gambar Dkna Abza
DN seperti biasa akan hadir seorang diri. Apabila sampai di sana, mula lah sesi DN berkenalan dengan rakan-rakan bloggers yang lain. Mereka di atas adalah rakan-rakan yang pertama kali DN berjumpa. Mereka adalah Dkna Abza, Melastik Bintang dan Hazwan Hairy. Seronok dapat berjumpa kalian. Harap kita dapat berjumpa lagi di event-event yang akan datang. Insyaallah...

Berbalik kepada filem Skyfall ini, filem aksi ini dibintangi oleh Daniel Craig, Helen McCrory, Javier Bardem, Berenice Marlohe, Jidi Dench, Naomie Harris dan ramai lagi. Filem arahan Sam Mendes ini mengisahkan tentang pusat perisikan rahsia,MI6 telah diletupkan dan segala maklumat sulit telah berjaya digodam oleh pihak penjenayah. James Bond yang masih cedera akibat tembakan dan dilaporkan sudah meninggal dunia telah kembali menemui M apabila mengetahui markas mereka telah diletupkan. Beliau telah menggalas tanggungjawab untuk menjejak penjenayah tersebut. Selepas melalui pelbagai halangan mudah, penjenayah tersebut berjaya diberkas dan dibawa menemui M. Ternyata M mengenali penjenayah tersebut. 


Siapakah penjenayah itu? Kenapa MI6 menjadi sasaran penjenayah? Bagaimana James Bond menumpaskan penjenayah yang hebat ini? Apakah Skyfall dan kaitannya dengan James Bond? Segala-galanya terjawab dengan menonton filem ini.

Cerita ini masih seronok ditonton walaupun 007 semakin tua. Aksi yang tidak terlalu banyak kerana lebih banyak berkata-kata, tetapi setiap aksi itu tetap menyebabkan siapa yang menonton teruja melihatnya. Teknologi yang cuba ditonjolkan di dalam filem ini memang harus dipuji kerana Malaysia masih tidak mampu membuat filem sebegini. DN boleh bagi 4/5 untuk filem ini. Apa yang best adalah lagu filem ini, Skyfall yang dinyanyikan oleh Adele. First time dengar lagu ini dalam cinema memang DN syok dengar lagu ini. What a beautiful song. Terbaik! Jom layan lagu ini sama-sama... :)

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

27 Blue Komen:

  1. wah..melastik bintang pun ada..bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. first time jumpa... peramah gak dia.. :)

      Delete
  2. eh! dh buat yer baru persan...haha...tggu! :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat dulu la... xnak tunggu awk. hee.... :p

      Delete
  3. Datang sorang, duduk berdua...

    Maaf jika bro pasangkan Deq Noor dengan seseorang.. Wah, bertambah kenalan dia ek

    ReplyDelete
  4. adesss... kalau tahu Deq Noor ada confirm gua pegi gak....tak kesempatan la aritu...uhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bro saje xnak beritahu siapa yg pegi... hihi.. :p

      Delete
  5. http://wanwidget.com/

    best x citer nih, saya belum tgk lagi

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. ingat nurul ade... xde rezeki nk tengok movie sama2. ada peluang kita tgk sama2 ye.. :)

      Delete
    2. Ok beres Deq Noor.. nanti kita set date lagi k.. :)

      Delete
  7. Wahh..syoknya dpt tgk wayang ramai2 dgn bloggers..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg syok.. dh lama xtengok wayang dgn ezad kan... last kita tengok kt OU kan. lama dh tu...

      Delete
  8. haha apsal gambar aku tutup mata...hoho... tido agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. siap sedia nk kena tembak. haha... :p

      Delete
  9. bro tak ajak zuan pun :(

    huhu best kan? actually tak minat langsung 007 ni.. tapi dah tengk, memang best

    ReplyDelete
    Replies
    1. balik senyap2, camne bro nk tahu. hee...

      best kan. bila nk tengok movie sama2 mcm haritu....

      Delete
  10. Walaupun tua tapi nampak agak handsome juga ma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. he still handsone... no doubt... ;-)

      Delete
  11. rugi sapa tak tengok skyfall..boleh kenal deq nor :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. xkenal DN pun xpe...

      yg penting tengok movie ni ramai2 mmg best kan.. :)

      Delete
  12. Eh, time nie DN dok dengan sape ek?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^