Movies Marathon - matluthfi90 - Anugerah Skrin 2012

 Huarghhhh!!!! Syoknya bila cuti dan duduk di bilik hotel sepanjang hari tanpa ada gangguan. Bosan? Haha... Haruslah tidak sebab walaupun hanya duduk di bilik hotel, nak tahu apa yang DN buat? Jengjengjeng!!! Hehe... 


Layan movie Cheaper by the Dozen. Siapa pernah tengok cerita family ini? Seronok kan bila ada keluarga besar dan ramai sebegini. Bila agaknya DN akan mempunyai keluarga besar sebegini. Hmmm.... Berangan lebih. Hehe...


 Habis movie tadi, layan movie Cheaper by the Dozen 2. Sweet je tengok family mereka. Memang banyak pengajaran dalam cerita ini. Sayangilah keluarga kita... Tiba-tiba rasa rindu dengan family DN. Sobsob... Esok mereka turun JB. Tak sabar nak tunggu mereka sampai... :)


Sambung pula movie Spider-Man. Tengah layan cerita ini entah macam mana terlelap pula. Sedar-sedar cerita dah nak habis dah. Syoknya bila dapat tidur dengan aman tanpa memikirkan kerja. Hee...


Lepas tu sambung Spider-Man 2. Layan movie ini sambil whatsapp dengan seseorang yang bertakhta di hati.  Biar jauh di mata, tetapi dekat di hati. Erkk? Ayat... Haha. Percaya ke? Malanglah kalau percaya apa yang kalian baca... :p


Kemudian sambung pula Spider-Man 3. Memang marathon tengok movie sepanjang hari kan. Makan pun tak ingat. Bukan tak ingat tapi malas nak keluar dari bilik. Hee... Habis movies marathon, DN layan video-video matluthfi90 di Youtube. Kesemua 41 video beliau DN layan ok... Puas hati sangat-sangat bila dapat buat sebegini sekali-sekala. Selesai tengok semua movie beliau, finally DN keluar dari bilik hotel untuk mencari makanan.


Take away KFC Double Down ini sebab nak makan dalam bilik hotel sahaja. Boleh je nak makan luar seorang diri tapi rasa nak makan depan TV sambil layan Anugerah Skrin 2012 jam 9 malam ini di TV3. Dunia fantasi kan tema kali ini. Nak tengok juga bagaimana hasilnya. Shhhh!! Japgi nak mula dah. Jom layan Anugerah Skrin 2012 sama-sama... ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

6 Blue Komen:

  1. dapnya kfc tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..tak dapat tgk ,takdak astro,nak tgk kot tonton lupa password,haha...nak tgk baju depa jaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee.. tetiba tekak rasa nk mkn kfc mlm ni... :)

      sam lh... nk tengok baju apa yg mereka pakai. xpe.. mesti ada yg update nanti... sabaq no... ;)

      Delete
  2. semua org kata ask mlm td bosan..wida x tgk, tertido..hehe

    ReplyDelete
  3. memang sgt best dapat luangkan masa macam ni.. rasa release tension kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... tahu2 je dh petang. hee....

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^