MV & LV Switchgear Seminar


Minggu lepas DN telah menghadiri seminar di atas anjuran Lauritz Knudsen Electric (LKE). Percaya tak untuk tahun ini DN hanya berjaya menghadiri seminar ini sahaja? Huhu... Habis tu sepanjang tahun ini apa yang DN buat? Bila DN tengok organizer DN, memang schedule DN penuh dengan meeting sana sini. Untuk seminar kali ini DN minta excuse tidak menghadirkan diri meeting di Keratong. Untung ada officemate yang memahami, jadi DN dapat menghadiri seminar ini.



Seminar tersebut telah diadakan di Selangor Ballroom 1, Grand Dorsett Subang Hotel. Pengisian bagi seminar ini telah disampaikan oleh Prof. Dr. Soh Kim Wat (Chief Executive Officer LKE), Mr Erwin de Goede (Business Development Manager DEKRA) dan Mr Henk Kormelink (Project Manager DEKRA).

Banyak perkara yang dikongsikan bersama semasa seminar ini. Rugi rasanya kepada mereka yang tidak hadir seminar ini kerana terlalu banyak informasi yang ingin dikongsikan sehingga masa yang diperuntukkan sehingga 6 petang terpaksa dianjakkan sehingga hampir 8 malam. Itu pun banyak lagi yang tidak dapat dikongsikan bersama. Memang seronok semasa berada di sini.


Di atas adalah Mr. Erwin sedang berkongsi dengan kami apakah itu DEKRA certification.


Ini pula adalah Mr. Erwin bersama Prof Dr Soh. Mr. Erwin menyerahkan certificate DEKRA kepada Prof Dr Soh kerana LKE comply dengan IEC 61439-2 : 2011 standard.


Mr Henk pula menerangkan perbezaan antara IEC 60439-1 dan IEC 61439-2. Kebanyakan sesi seminar ini dimonopoli oleh Prof Dr Soh. Beliau berkongsi mengenai komponen, pemilihan komponen, guideline, protection, case study dan banyak lagi yang melibatkan Medium Voltage (MV) dan Low Voltage (LV) Distribution System. Satu pengisian yang berilmu dan memang tidak dapat dihabiskan dalam masa sehari.


Selepas seharian berada di sini, DN telah diberi sijil kehadiran ini. Seronok rasanya bila dapat menimba ilmu sebegini. Dapat melakukan perkara lain selain daripada menghadiri meeting ke sana sini. Harap DN berpeluang menghadiri seminar sebegini lagi. Thanks LKE di atas jemputan ini. Harap akan ada banyak lagi jemputan berilmu sebegini di masa akan datang.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

11 Blue Komen:

  1. hoho switch gear.. MB selalu jumpa benda alah ni...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. menuntut ilmu... kena rajin selalu. hee...

      Delete
  3. rajin betul awak pergi seminar ye.. kalau saya dah tertido da dalam ballroom tu..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. input sgt berguna so rugi kalau tido....

      Delete
  4. tabiklah kat DN.. rajin.. All the best DN.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun dah kerja.. menimba ilmu itu tetap perlu... thanks nurul.. :)

      Delete
  5. orang luar boleh join seminar macam ni Cik DN. kena bayar ke?

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^