Sanggup Bercuti kerana Durian Crepe @ Durian Pancake

Good morning! Dah bangun belum? DN sekarang sudah selamat berada di Skypark airport menunggu driver udara menghantar DN ke Johor. Kali ini malas nak drive ke sana. Penat ok setiap minggu nak drive. Sekali2 kena pakai driver udara ini. Hee... 

DN nak story dengan kalian pasal tiba-tiba DN bercuti hari Isnin yang lepas. Tengah bersiap nak ke ofis sekitar jam 7 pagi, tiba-tiba DN berubah fikiran. Mesej officemate DN untuk bercuti. Drastik sungguh tindakan DN kan. Hee... Tiada apa-apa meeting hari tersebut, boleh lah buat begini. So seperti yang kalian tahu, DN bercuti semata-mata kerana Durian Crepe. Sanggup kan. 

Selepas siap mengemas rumah pagi tu, DN terjah ke rumah kawan DN yang terletak tidak jauh dari rumah DN. Oooo... Baru bangun ye. Tak kira, kena ikut DN gak. Haha.... Lepas Zuhur kami meneruskan perjalanan ke Midvalley.


Lokasi pertama, kami menuju ke Sumptuous yang terletak di LG floor Midvalley. Tercari-cari juga kami mana tempatnya sebab LG floor memang banyak kedai makan. Satu LG kami round ye. Rupa-rupanya Sumptuous ini terletak di stall tengah jalan menghala ke Garden dan berdekatan dengan Big Apple. DN beli 3 pax dengan 1pax/RM10. Didalamnya terdapat 6 ketul Durian Crepe / Pancake. Kecil-kecil je Durian Crepe ini rupanya, tak sampai 10minit dah habis kami makan. Haha... :p


Kemudian kami ke Sweet Chat pula di Lot FK-010, First Floor Midvalley. Kononnya nak merasa Durian Pancake di sini pula. Apa? Dah habis? Grrrr.... Disebabkan kami dah duduk, maka kami order makanan yang lain untuk Tea Time. Kami memilih Ice Chocolate (RM8.90), Strawberry Mojito (RM6.90) dan BBQ Chic Meltie (RM10.90). Hmmm... Sedap. Boleh makan lagi di sini lain kali..


Sebelum beredar, kami bertanya semula Durian Pancake ada tak. Ok, kali ini DN bernasib baik kerana Durian Pancake sudah siap maka DN take away sahaja. Durian Pancake di Sweet Chat ini ada sebanyak 3 ketul dengan harga RM8.90. Lebih besar dari Durian Pancake di Sumptuous. 


Selesai melepaskan hajat untuk bercuti dengan Durian Crepe ini, kami pun pulang. Dah kata memang bercuti sebab Durian Crepe, dapat makan balik lah. Takde acara shopping-shopping ye tapi sempat kami shopping makanan dengan banyaknya. Tengok tu, ada Big Apple & Auntie Anne's Pretzel lagi. Bukan apa, bekalan untuk menempuh jam sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Hee....

DN bersama Zura yang terpaksa follow DN menerjah Midvalley hanya untuk makan Durian Crepe ini. Hee... Thanks Zura sudi melayan karenah perut DN yang macam-macam ni. Nanti kita pergi makan durian Rm10, makan sampai muak tu ye. Kesimpulannya, Durian Crepe ini memang sedap bagi penggemar durian. Yang tak suka durian, bagi apa-apa berkaitan dengan durian confirm tetap kata tak sedap. DN lagi suka Durian Crepe di Sweet Chat berbanding Somptuous kerana dapat rasa kemanisan fresh cream ditambah dengan rasa lemak manis durian. Terbaik! Lepas ni nak cuba di Durian-Durian pula. 

Kalian dah cuba belum? Kepada penggemar durian, sekali cuba pasti nak lagi dan lagi. Tengah musin durian kan. Dapatkannya ok, kalau tidak rugi. Kalau rajin buat lah sendiri. DN rajin makan sahaja. Hehe...

Ok lah, masa untuk menaiki pesawat MH9841 ke Johor Bahru. Jumpa lagi nanti. Bye!
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. Waaaaa ni yg x sabo nak menunggu jumaat nih.. Nurul dah tempah jumaat baru dpt.. hehehe ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xlama nk tunggu tu... sabar ye... tp kalau xsabar, g beli kt midvalley. hee... :)

      Delete
  2. nasib baik wida dah lepas kan mengidam wida..kalau tak, sentap tau baca n3 DN ni. berapa biji DN telan DC hari tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi... mujur dh rasa kan. DN beli 4 pax, 3 pax selesai. haha... ;p

      Delete
  3. saya nak kena try jugak ni..sebab tak pernah lagi rasa durian crepe ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. dh cuba pasti nk lagi & lagi & lagi... :D

      Delete
  4. Replies
    1. cakap dgn org anti durian mmg xde perasaan pun.. hee... :p

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^