Selepas 28tahun...

 Hmmm... Ingat nak update semalam tapi kepenatan sangat-sangat. Mana tak penat. Balik dari Penang terus ke Johor. Lebih 1000km drive tu. Tengok katil di bilik Silka Hotel Johor lebih menarik dari laptop ni. Apa lagi, melayan mata dulu lah. Ngehngeh... Dahlah kebanyakan hotel penuh so duduk je lah hotel yang ada. Dah celik pagi ni baru lah boleh update di sini...


Apa yang DN nak cerita? Haa... Nampak tak kek oren kat atas ni? Apa yang tak kena dengan kek ini? Sedap sangat ke sampai nak cerita dengan kalian? Well..... Bagi kalian kek ini nampak biasa kan. Tiada apa yang menarik pun. Rasa apatah lagi. Betul tak? Tapi.....

Inilah kek pertama yang DN rasa hasil tangan mama selepas 28tahun DN dilahirkan. Alamak! Habis lah kalian dah tahu usia sebenar DN.. :p Pendedahan umum umur DN sekarang. Haha...... Umur tak penting, yang penting DN dapat merasa kek ini. Mujur DN balik ke kampung minggu lepas, kalau tak mesti tak dapat nak merasa kek hasil tangan mama buat pertama kalinya. Rasa? Apa-apa yang mama buat mesti sedap kan... Hee...


DN pula main masak-masak dengan adik di dapur. Mood kami haritu nak masak spegeti carbonara so jadilah seperti gambar di atas. Hey!! Sedap ok DN masak. Heee... :p
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. oo..apa mimpi mak DN buat kek..special untuk DN kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanya saja cuba2. kawan2 bg resepi...

      Delete
  2. wow, selepas 28 tahun baru boleh merasa kek yg mak buat? cayalah..hehehe

    ReplyDelete
  3. biar umur meningkat yang penting dalaman kita sentiasa muda :)

    ReplyDelete
  4. Boleh sangat jadi calon isteri pilihan pada mereka yang berkenan...

    Tapi kena ingat, dia bukan budak form 5 tau...

    ReplyDelete
  5. patutlah pandai buat speggeti carbonara. rupanya dah pernah. lepas ni buat lg ye kalau ada aktiviti blogger. nak tulis review..hoho. mesti sedap

    ReplyDelete
  6. @Ladfe Amir haha... malu nk bg org lain rasa.. :P

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^