Stress dengan pemanduan mereka-mereka di jalan raya ni. DN takde lah bagus sangat memandu tetapi DN komen ni disebabkan masa DN banyak di atas jalan raya berbanding di rumah atau ofis. Oleh itu, pelbagai ragam pemanduan dapat DN lihat dan berlaku sendiri di depan mata yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya. Tipu lah kalau DN tak pernah terlibat dengan kemalangan jalan raya tetapi kalau boleh kita cuba elakkan kemalangan daripada berlaku. Apa yang berlaku baru-baru ini memang kerap berlaku dan DN harap mereka yang memandu tolong lah prihatin.
Pertama
Paling DN stress apabila tengok gelagat pemandu yang sudah terlepas simpang, berhenti bagi double signal dan under kereta semula. Dengan harapan orang belakang nampak anda dan bagi laluan kepada anda. Hello! Tak boleh ke terus je ke depan dan cari U-turn berhampiran daripada membahayakan diri sendiri dan orang lain dengan undur kereta sebegitu. Ingat bila di selekoh atau simpang kami boleh nampak ke apa yang ada di depan.
sumber |
Kedua
Lepas tu apabila di jalan raya yang mempunyai 3 lane carriageway. Dah tahu anda nak masuk ke simpang sebelah kiri kenapa tak siap-siap memandu di sebelah kiri. Boleh pula dari lane laju sebelah kanan terkedek-kedek nak masuk kiri. Sudahnya kami yang memandu laju sebelah kanan perlu emergency break kerana tindakan tiba-tiba anda itu.
![]() |
sumber |
Ketiga
Itu belum lagi dengan tidak semena-mena masuk depan kereta kita tanpa bagi signal. Kalau kereta kita jauh lagi takpe lah nak buat camtu. Ini dekat belakang anda je pun, nak bagi signal pun susah. Ada juga yang jenis bagi signal terus masuk. Hello dear... At least bagi lah kami nampak dulu signal anda. Jangan pakai tunjal je kereta anda depan kami ni. Terkejut ok... Sebelum masuk ke lane sebelah tu, tengok lah side mirror dan toleh di bahagian blind spot seketika sebelum masuk. Itu pun nak kena ajar ke. Haishhh!
![]() |
sumber |
Keempat
Perkara sebegini selalu berlaku di kawasan perumahan di mana terdapat main road dan mempunyai banyak simpang keluar dari kawasan perumahan. Anda tahu main road harus diutamakan dan apabila tiada kenderaan baru anda boleh masuk ke main road. Tak perlu lah terus keluar dan block laluan main road sesuka hati anda. Bersabar lah sikit. Orang lain pun sibuk bekerja dan mengejar masa tetapi masih boleh menunggu sehingga kereta di main road tiada atau kalau jalan jam, pasti ada yang prihatin akan bagi anda keluar.
![]() |
sumber |
Wahai pemandu-pemandu sekalian, berhati-hati lah anda di jalan raya. Prihatin sikit semasa anda memandu. Jangan asyik berkhayal dan pentingkan diri sendiri. Pesanan ini untuk ingatan DN juga. Sayangilah orang yang kita sayang dan rancang perjalanan anda. Hee.. Peace!
p/s : DN ubah warna tulisan atas komen pembaca prihatin. Harap perubahan ini membantu anda.
p/s : DN ubah warna tulisan atas komen pembaca prihatin. Harap perubahan ini membantu anda.
selalu jugak jumpa driver camtu. cuma yg 1st tu jarang2..
ReplyDeletedan kebanyakannya adalah driver ca.ya.nun.alif. bawak keta macam guna lesen terbang je. bangkai betul..
cer tengok yang bawak kete tu laki ke pompuan..banyak ragam ..kadang2 kita ditempat yang betul pon orang salahkan kita.. aduuii
ReplyDeletebetul tu DN..kena berhati-hati di jalan raya. malang x berbau kata org
ReplyDeleteboleh jadi pakar analisis kemalangan ni deq noor..
ReplyDeleteowh dah tukar langsir baru ek rumah ni..
@Haris Khairuddin hee... itu lh. stress bila jumpa pemandu2 sebegini...
ReplyDelete@Dkna Abza skrg ni lelaki pun byk ragam bila bawak kereta
ReplyDelete@mamawaiz itu lh.. tp angin juga bila org lain yg menjadi punca...
ReplyDelete@Melastik Bintang ini dari pengalaman sendiri... hee...
ReplyDeletetukar baru sudah. harap boleh sesuaikan diri.. :)
paling stress bila jem himpit2..pastu time jem p buat lorong baru...xblh2..
ReplyDelete@hazwan hairy selfish betul org sebegini kan... mmg tension
ReplyDeleteakk pun nyaris kemalangan masa baru2 dapat lesen dulu menyebabkan akak sampai skrg tak bawak kereta.. fobiaaaa sangattt
ReplyDelete@adza irdawati tp akak best lh g mana2 ada yg hantarkan.... DN bila lh nk merasa camtu. huu...
ReplyDeleteKAK BUI PALING X SUKA DGR PEMANDU YG KELUAR SIMPANG BUKAN MAIN LAJU TP LEPAS TU JLN MCM SIHPUT..EII,GERAM..
ReplyDeletedont drink and drive.. and dont blogging while drive.. hik3
ReplyDelete@Bui Junaidi hahaha... Time tu mesti dlm kereta akan pandang semacam je bila potong kereta lembab tu kan.. ^_^
ReplyDelete@KiD alamak! mcm selalu buat je. haha.. :p
ReplyDeletesaya adalah penunggang motosikal dan juga pemandu kereta. selalu tengok pemandu yg tidak menghormati penunggang tetapi pada masa yg penunggang motosikal juga boleh jadi sebaliknya.
ReplyDeletemalang tidak berbau kan...
@Ladfe Amir itu lh.. tapi lebih baik berhati2 untuk keselamatan bersama.. :)
ReplyDelete