Alololo.... Comel je cerita ini secomel tajuk cerita ini. Filem terbaru arahan Ahmad Rusli Khadri ini menampilkan gandingan mantap antara Yana Samsudin (Ichigo) dan Pierre Andre (Hakimie). Sebuah cerita yang sangat unik kerana mengetengahkan penggunaan bahasa Jepun di dalam filem dan dalam masa yang sama diselitkan dengan unsur-unsur keislaman. Di dalam filem ini juga banyak menunjukkan lokasi-lokasi menarik di dalam negara yang menjadi tarikan pelancong.
Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis Jepun, Ichigo (Yana Samsudin) datang ke Malaysia dengan satu tujuan, iaitu untuk mencari ibu kandungnya yang merupakan warganegara Malaysia. Ketika Ichigo di Malaysia, beliau telah mengikuti rombongan Strawberi Vanilla yang diselia oleh Hakimie (Pierre Andre). Gerakgeri dan tingkah laku Hakimie sering menjadi perhatian Ichigo. Ini kerana keinginan yang tinggi untuk mengetahui tentang Islam di dalam diri Ichigo menyebabkan mereka berdua semakin akrab. Ini menyebabkan Hakimie semakin selesa dan tertarik dengan Ichigo.
Apakah yang terjadi kepada Ichigo? Dapatkah Ichigo mencari ibu kandungnya? Kenapa Ichigo sangat berminat untuk mengetahui tentang Islam? Apakah kesudahan hubungan Ichigo dan Hakimie? Ingin mengetahui kesudahannya, sama-samalah menjengah ke pawagam berhampiran kalian kerana filem ini telah ditayangkan bermula 6hb Disember 2012 ini.
Bagi DN, filem ini mempunyai kelainannya yang tersendiri apabila berani mengetengahkan Yana Samsudin untuk memegang watak sebagai gadis Jepun. Yana Samsudin berjaya membawa dan menghayati wataknya dengan baik sehingga menyebabkan ramai jejaka yang melihat filem ini pasti tergila-gilakan gadis Jepun (Nandaska? Hee...) Walaupun begitu, bait-bait percakapannya agak perlahan sehingga menyebabkan kami yang menonton agak bosan menunggu. Gadis Jepun fasih berbahasa Melayu? Hmm... Boleh lah. DN boleh memberikan 3.5/5 untuk filem yang comel ini.
Terima kasih kepada Siezuka.com diatas jemputan ini. Jangan lupa terjah ke pawagam berhampiran untuk menonton sendiri kelainan yang terdapat di dalam filem ini. Sebelum menonton di pawagam, ambil mood kalian dengan menyaksikan trailer di bawah. Enjoy! :-)
wah..menarik ni.. memang nak kena tonton ni.hahaha
ReplyDeleteAssalamualaikum...singgah dr blog cik rose....menyerlah blog ni...
ReplyDeletep/s...sory,..komen lari tajuk....filem ni mmg nampak best
suwweeeett nyer yana..comel gitu..:)
ReplyDeleteberwajah baru blog DN...merahnya
ReplyDeletewaaa... mcm comel saja crita ni...
ReplyDeletenak tengok ah..
;)
@boni kacak comel je tau... tengok nanti mesti rasa gadis jepun semuanya comel2 & sopan2. hihi...
ReplyDelete@izan mama mia w'salam... thanks sudi singgah di sini. cantik kan hasil kerja kak rose... Mmg nampak menyerlah.. ^_^
ReplyDelete@Selendang cinta mmg yana sgt2 sweet lagi2 bila jadi gadis jepun. sgt comel! :)
ReplyDelete@mamawaiz kannn! hihi.. merah gitu. nampak garang... ^_^
ReplyDelete@Mrs Mikko sgt2 comel tau. selamat menonton nanti... :)
ReplyDeletetingin nk tengokk..hih..follow sini
ReplyDeletedh tgk triller ok menarik..heeh.untunglah dpt tgk dulu..
ReplyDeletehari tu ada adik ipar pasang cite ni.
ReplyDeletetak minatlah cite jiwang2 mcm ni.
apasallah diaorang tak buat cite jiwang sambil lompat bangunan lepas tu tembak-tembak sampai tembus kepala.
emm..komen peribadi je.
lepas tu hero selamatkan heroin dari dirempuh keretapi laju yg dibuat aksi slow motion.