Gambar di Majlis Siaran Langsung Finale MasterChef Malaysia 2 "Citarasa Juara"

  Disini DN ingin berkongsi dengan kalian beberapa gambar sekitar Majlis Siaran Langsung Final MasterChef Malaysia musim kedua dengan tema 'Citarasa Juara'. DN tiba lebih awal dari rakan-rakan yang lain kerana kebanyakan mereka sesat. 1 jam juga tunggu mereka tetapi siaran mula pukul 10.30 malam, sesat lama-lama pun takpe. Hee...


Beginilah suasana ruang berlangsungnya siaran langsung MasterChef Malaysia 2 ini. Sebarang telefon bimbit atau kamera tidak dibenarkan untuk digunakan semasa siaran langsung bermula jadi perlu mengambil gambar sebelum siaran bermula. Antara artis yang dijemput membuat persembahan bagi memeriahkan majlis adalah Dato' Fazley, Fina AF, Kila Fairy dan Najwa Latif.


Sempat DN bergambar dengan beberapa orang di sana. Antaranya adalah Chef Rizal yang sentiasa segak dan kacak, Che Lah yang peramah dengan tagline glamour "Siapa kata perempuan cantik tidak pandai memasak" dan Dr Ezani, pemenang MasterChef 1 yang sweet dan pemurah dengan senyuman ini.

Antara blogger yang terlibat di dalam event ini adalah (dari kiri) Bro Framestone, HazmanFadzil, Shakiddo, Ahmad Fauzi Aryaan dan Khalellalensa. Beberapa orang antara kami diminta duduk di meja hadapan dan DN salah seorang yang berada di meja hadapan bersama-sama peserta dan artis. Risau juga kalau muka DN keluar TV, tapi rasanya tak keluar. Kalau tidak berjela-jela mesej masuk macam Shakiddo nanti. Hee... Syukur...


Selesai pemenang MasterChef Malaysia 2 diumumkan dengan pemilihan Izyan sebagai juara, sesi soal jawab pun bermula. Kelihatan wajah Izyan sangat gembira dan berpuas hati dengan usaha yang telah ditunjukkan untuk menjuarai MasterChef 2 ini. Along dan Ah Hong, walaupun tidak berjaya tetap memberi saingan yang sengit dan pastinya masakan yang dihasilkan tetap sedap jika dibandingkan dengan kami-kami yang tahu makan sahaja. Hee... Yang pasti, layak sehingga ke peringkat final sudah membuktikan anda semua berjaya. Semoga racangan MasterChef ini akan diteruskan lagi di masa akan datang.

Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

18 Blue Komen:

  1. Replies
    1. Che Lah sangat artis haritu tau.. Peramah sangat. Suka dengan dia gak.. :)

      Delete
  2. Saya bagi pihak Kid mohon kemaafan atas kelewatan....cuma terkilan sebab tak amik gambar ngan Kilafairy and DEQNOOR laa... asyik berborak je kita tapi gambar together takdo.... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xkisah pun sebab diorang pasang bola.. Xde bosan menunggu... :)

      Cepat sangat Kila Fairy balik kan. Xsempat nak bergambar dengan dia. Eh, bukan gambar dengan DN ada ke? Refresh balik. Hmm...

      Delete
    2. Hurmm.... gambor kita berdua-duaan lalalalalaa.... ngeh3x ( nak pose ala2x ngan che lah tu ) .... kah3x

      Delete
    3. amboi! che lah boleh la. hahaha.. :p

      DN kan di belakang camera utk tangkap gambar je. mesti lh xde gambar berdua... hee...

      Delete
  3. wah.. bestnya... kalau tak, boleh kita bergambar bersama..hehehe

    ReplyDelete
  4. eh eh.. saya masuk TV ke? waaaahhhh... syioknya!! btw, tq for join this event yea.. cowwy lambat sket (sambil jeling kat Bro)

    ReplyDelete
    Replies
    1. org glamour haruslah masuk tv. hee.... thanks atas jemputan ini. jgn serik ajak lg ye. lambat tu xde hal lah. sesat kan.. :)

      Delete
  5. Tahniah pada Izyan, 2 musim berturut-turut juara dipegang WANITA, so berbangga kejap :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee... betul lah. mmg kejayaan mereka harus dipuji.. :)

      Delete
  6. bosannya lepas tak de masterchef ni..emm.

    yes, izyan mennag!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tgk cerita lain pulak lah ye. heee...

      alhamdulillah, mmg rezeki izyan mlm tu. dari awal sudah menunjukkan beliau menjadi pilihan juri

      Delete
  7. Gila crop gambar bg xnampak gemuk he...23x

    ReplyDelete
  8. oh..tak masuk TV hari tu ye. tak pe. DN kan dah glamor sekarang. nanti2 adalah kot masuk TV.

    ReplyDelete
  9. @Ladfe Amir glamor? ish.. xmo lh. malu DN nk glamor2 ni. xsesuai..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^