Paddington House of Pancakes The Curve

 
Halo there! Dua orang pemburu makanan sedang menerjah sebuah kedai makan di satu tempat yang cantik. Tujuan utama kami adalah untuk makan di kedai makan yang belum pernah kami pergi. Hmmm... Let's flipped the menu. Nak makan apa ye. Bersungguh DN study menu tu tau. Hee... Oppss! We live for pancakes? Ok... Jom kita cuba.



Mana lagi kalau bukan di Paddington House of Pancakes. Kami terjah di The Curves, Damansara. Mula-mula kami menjengah dari tingkap kedai, sebab tak pasti ada ke makanan lain selain pancakes. Tengok orang lain makan, hmm.. macam ada Chicken Chop lah. Jadi kami pun masuk ke kedai ini. Lepas dah study menu, macam-macam ada tu. So we decided untuk memilih makanan berikut :-


Sebelah kiri adalah Banana Mango Milkshake RM11.00 - Rasa banana lebih kuat berbanding mango. Manis dan sedap untuk penggemar Banana macam kawan DN ini.

Sebelah kanan adalah Ice Coffee RM9.00 - Ice cream vanilla diletakkan di dalam minuman ini dan air gula diberi berasingan. Boleh tuang mengikut citarasa sendiri. DN suka coffee pekat jadi DN hanya tuang air gula sedikit sahaja. DN suka cara serve sebegini.


Ini pula adalah Oslo RM23.00. Oslo terdiri daripada smoked salmon and cheesy scrambled eggs with grilled zucchini, spicy mashed potato pancakes and sour cream. Pertama kali makan pancakes dengan semua ini. Komen DN sedap tetapi DN lagi suka salmon mentah. Ini kerana Smoked salmon ini agak masin. Nak makan sekali dengan pancakes, kena lah masin sikit. Maybe...


Ini pula adalah San Francisco RM20.00. Ia terdiri daripada grilled dory fillet with creamy mushroom sauce. Ikan dory sangat lembut dan sedap rasanya apabila dimakan sekali dengan mushroom sauce. Amaun yang besar jadi DN tak dapat menghabiskan makanan DN ini. Sangat berbaloi dengan harganya.

Selesai dengan main dish, kita ke dessert pula. Lama sunggu nak tunggu dessert kami ini tau. Lebih 15minit. Apa yang special sangat sampai nak kena tunggu lama-lama ni. Jom DN tunjuk dengan kalian.


Ini adalah Toffee Banana & Cream Cheese RM18.00. Ia terdiri daripada hot toffee banana, cream cheese cubes, peanut butter, Hawaiian coconut, digestive crumbs, double ice cream vanilla and whipped cream. Guess what? Rasanya memang marvelous. Mantap! Memang menjilat jari lah. Sedap sangat-sangat. Recommended ok... 


 Apa lagi? Kami (Eh, DN tukang makan je. Hee...) pun buat aktiviti sedikit dengan memotong sedikit crepe dan mencampurkan kesemua bahan makanan tersebut lalu digulung menjadi banoffee crepe kemudian ngap.. ngap.. Sedap wei... Khusyuk kami makan, tak sampai 15 minit licin sudah. Hihi... 

Antara semua yang kami order, dessert memang terbaik. Lain kali DN nak datang ke sini untuk makan dessert sahaja. So jiran, where is our next venue? Hee... Lepas ni kita cuba makanan Korea pula ye. ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

4 Blue Komen:

  1. wah dah macam jalan2 cari makan pulak..boleh ganti iqram ni, hehe

    ReplyDelete
  2. @mamawaiz itu lh kan... taknak ganti tp nk g makan sama2. heee... :p

    ReplyDelete
  3. @adza irdawati mmg sedap kak.. puas hati makan camni.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^