Pengalaman Pertama Menaiki Bas Ke Hatyai & Songkhla


Makaihhh! Bersepahnya rumah. Nak lari rumah ke apa ni. Banyak bag nak dibawa. Hee.... Gambar ini diambil semasa persiapan kami sekeluarga untuk bercuti ke Hatyai dan Songkhla. Last minit pack barang, camni lah. Eh, DN awal-awal dah kemas bag ok. 2 hari sebelum nak pergi bag DN dah siap tau. Orang excited nak bercuti lah katakan. Hehe...


Bezanya percutian DN kali ini adalah DN pergi dengan keluarga menaiki bas. Ala-ala rombongan Cik Kiah la ni. Hee... Trip kali ini adalah anjuran Persatuan Penduduk Desa Subang Permai. Setiap orang hanya perlu membayar RM290 seorang untuk perjalanan ke sana selama 2 hari 4 malam, penginapan di hotel selama 2 malam dan makan pagi, tengah hari dan malam sepanjang di sana. DN sekeluarga seramai 5 orang. Abang dan seorang lagi adik lelaki DN tidak mengikuti rombongan ini. Jam 8 malam kami berkumpul di perkarangan Masjid At-Taqwa, Desa Subang Permai untuk memulakan perjalanan ke sana.


Kali terakhir DN menaiki bas rombongan sebegini adalah semasa zaman DN belajar di UTM dahulu. Lama dah tu. Kalau setakat naik bas jalan-jalan, last DN buat semasa backpacking ke Penang. Nak baca, boleh ke sini dan click newer post untuk seterusnya. Tapi kali ini memang pengalaman baru apabila dapat bercuti bersama keluarga dan penduduk taman Desa Subang Permai dengan menaiki bas. Tahun lepas mereka ada membuat percutian ke Pulau Pangkor tapi DN tak dapat nak join. Tahun ini DN taknak lepaskan peluang untuk join aktiviti mereka ini. Aktif kan penduduk perumahan DN ini. Kita tengok tahun depan, ke mana pula perancangan percutian mereka. Insyaallah DN akan join lagi.. :)


Sebelum memasuki ke negara orang, pastikan borang ini telah diisi dengan lengkap. Letak sekali dengan passport untuk melepasi imigrasi di sana. Borang ini ada 2 salinan yang perlu diisi. Satu salinan akan diambil, satu salinan lagi akan dikembalikan. Salinan yang sudah di cop itu jangan buang tau sebabnya untuk keluar salinan tersebut perlu dikembalikan semula. 


Selepas perjalanan selama 10 jam, tiba lah kami ke sempadan Thailand ini. Disinilah terletaknya imigresen mereka. Lama ke perjalanan kami? Berhenti cuma sekali sahaja tetapi untuk mengisi borang ambil masa 1jam setengah dan nak lepas imigresen Malaysia di Bukit Kayu Hitam lebih 1 jam. Hilang 3jam begitu sahaja. Huh.... Perbezaan masa di sini dengan Malaysia selama 1 jam. Jadi, jika di Malaysia sudah jam 8 pagi, di sini baru pukul 7 pagi. 

Selanjutnya, DN akan berkongsi dengan kalian tempat-tempat menarik yang DN lawati sepanjang di sana, makanan-makanan yang aroi chin chin dan apa-apa sahaja lah yang best. Tahu tak aroi chin chin itu apa? Cari dalam kamus. Muahahaha... ;p 

Trip DN ke Hatyai dan Songkhla ini merupakan trip penutup untuk tahun 2012. Sebelum DN bercerita lanjut, jom imbas kembali ceritera travelog DN sepanjang tahun 2012 ini... :)

Singapore

Pulau Pinang, Malaysia

Solo (Surakarta), Indonesia

Bandung, Indonesia

Guangzhou, China

Selamat membaca! ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

  1. best DN...kuat kerja, jalan pon kuat..hehe

    ReplyDelete
  2. wah.. tu yang menarik tu.. naik bas lebih puas berjalan sebenarnya..hehehe

    ReplyDelete
  3. @boni kacak betul tu... dh seronok ikut rombongan mcm ni...

    ReplyDelete
  4. seronok kalau dapat mengembara mcm ni. naik bas pastu bawa beg sandang belakang je. mcm penulis jemputan Denai.my selalu buat

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^