Penutup Tirai 2012 : Top 5 Pengomen Tegar & Cashout Nuffnang

2012 bakal melabuhkan tirainya. 2013 akan menjelma dengan pelbagai kisah suka duka yang bakal diharungi kelak. Semoga kita semua terus tabah dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang masih belum pasti. Apa yang penting, persiapan mental dan fizikal perlu ada dan sentiasa bersyukur kepada Allah walau pelbagai dugaan menimpa kita kelak.

Untuk itu, rezeki yang DN telah terima sepanjang 2012 ini ingin DN kongsikan dengan Top 5 Pengomen Tegar di teratak DN seperti berikut :-


Terima kasih di atas sokongan, dorongan dan terus memeriahkan teratak DN ini. Tanpa kalian dan semua yang rajin menjengah ke sini, pasti teratak DN terasa sunyi. Untuk itu terimalah cenderahati dari DN.


Inilah cenderahati yang ingin DN beri kepada Top 5 Pengomen Tegar DN. Maaf jika cenderahati ini tidak lah sebagus mana atau menarik, tetapi ini yang mampu DN beri kepada kalian. Doakan semoga rezeki DN untuk tahun mendatang sentiasa baik, maka DN boleh terus menghargai kalian semua. 


T-shirt Calvin Klein dari Bandung, Indonesia dan Fridge Magnet dari Hatyai, Thailand untuk Boni Kacak. Kali kedua beliau menerima cenderahati dari DN. Terima kasih terus menyokong DN disini. Address DN dah ada. Tak pindah rumah kan. DN akan pos tidak lama lagi. Harap sabar menunggu.


Plate ukiran dari Hatyai, Thailand dan Fridge Magnet dari Bandung, Indonesia untuk blogger famous Bro Framestone. Beliau rajin komen entry DN yang lepas-lepas dan ini mengingatkan DN tentang kisah-kisah silam DN. Hiks! Terima kasih Bro kerana terus menyokong DN di sini, sudi menjemput DN memeriahkan event di mana-mana dan macam-macam lagi. Banyak betul jasa Bro dengan DN kan. Eh, DN takde address Bro lagi lah. Maklum lah, sebelum ini bagi by hand je. Hee... Mesej address Bro kat DN ye. Thanks... :-)


Kain cotton dari Bandung, Indonesia dan dompet songket dari Hatyai, Thailand untuk mamawaiz. Sejak dari pertama kali DN beri cenderahati kepada Pengomen Tegar di sini, beliau sentiasa menjadi penerimanya. Ini kali ketiga Wida terima cenderahati dari DN kan. Memang beliau rajin komen entry DN sejak dari dulu lagi. Terima kasih wida kerana terus menyokong DN untuk terus menulis di sini. DN sangat-sangat hargainya. DN akan pos di address yang Wida pernah bagi dulu. Sabar ye... :-)


Kain sulam dan fridge magnet dari Bandung, Indonesia untuk Cha. DN baru sahaja mengenali beliau semasa event Majalah Aroma di Rumah Tamu Datin Halijah tempoh hari. Selepas dari pertemuan itu, beliau sudah mula meninggalkan jejak di sini. Seronok rasanya semakin ramai yang DN kenali di alam maya ini. Terima kasih kerana terus menyokong DN di sini. DN masih belum ada address Cha lagi. Email address Cha ke missha_84@yahoo.com ye... :-)


Cenderahati loceng ukiran singa dari Singapore dan Fridge Magnet dari Hatyai, Thailand ini pula untuk Blogger Makan-makan HazmanFadzil. DN suka dengan entry makan-makan beliau ini sebab DN pun suka makan-makan juga. Hee... DN mengenali beliau dalam beberapa bulan lepas dan sejak dari itu DN rajin menjengah ke blog makan-makan beliau. Terima kasih kerana terus menyokong DN di sini dan memberikan tips2 yang berguna untuk panduan DN. DN sangat-sangat hargainya. Nanti email address ke missha_84@yahoo.com ye.

Alhamdulillah... Cenderahati sudah diagih-agihkan cuma pos kepada mereka sahaja belum lagi. Penutup tirai 2012 ini juga adalah masa yang sangat sesuai untuk DN cash out di Nuffnang. Kalian dah cash out belum? Alhamdulillah, masih ada rezeki DN di Nuffnang. Terima kasih tidak terhingga kepada Nuffnang untuk amaun yang diberi ini.


Masih ada BE yang tertinggal dan pastinya akan dibawa ke 2013. Semoga tahun hadapan semakin banyak event-event Nuffnang yang best-best untuk DN turut serta. 

Sebagai penutup tirai 2012, DN ingin mengucapkan terima kasih kepada semua. DN sangat-sangat gembira dapat berkongsi segala pengalaman dan cerita dengan kalian disini. Harap kalian tidak jemu untuk membaca dan menyokong DN di sini. 

Selamat bertemu kembali di tahun baru 2013 dengan pelbagai lagi perkongsian dan ceritera dari DN. Assalamualaikum...
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

21 Blue Komen:

  1. omg terharunya ada nama kita. dahla baru kenal kan. thanks sis. nanti kita free kita kasik alamat eh. thanks a lot :D

    ReplyDelete
  2. wahhh..wida dapat jugak ke?
    alhamdulillah..murah rezeki DN. ni yg sayang DN ketat2..hehe.
    may Allah Bless u my frenz

    ReplyDelete
  3. waaaaa kak cha dapat.. tahniah kak cha.. :)

    teruskan berblogging sis :)

    ReplyDelete
  4. @cha rezeki cha utk dpt cenderahati dr DN... jgn lupa bg alamat ye... :)

    ReplyDelete
  5. @mamawaiz harus lh wida dapat. mana boleh xdapat. hee.... insyaallah dalam seminggu dua ini DN pos ye... :)

    ReplyDelete
  6. @Rina Ellisa thanks rina... pasni nk bg rina plak... :)

    ReplyDelete
  7. wah rezeki mereka dpt hadiah..best2 lak tu...lma dh x cashout nuffnang..hikhik

    ReplyDelete
  8. @hazwan hairy rezeki yg ada untuk dikongsi bersama pengomen setia.. :) ish, cashout je.. org nk bagi kan. hee... :p

    ReplyDelete
  9. Fuhhh power la pengomen pertama tue...

    Eh awat senarai nampak mcm kabur-kabur ek.

    Bro xperlu alamat, by hand sudah la :)

    ReplyDelete
  10. @Bro Framestone busy2 dia pun masih sempat tinggalkan jejak disini. Hee...

    Gambar crop pastu besarkan, sebab tu blur skit. Hee....

    Ok bro. Insyaallah DN bawa bila nk jumpa bro nanti...

    ReplyDelete
  11. Bro Framestone kata DN rajin travel...harapnya aku gigih utk follow blog DN..syok baca pasal travel ni..

    ReplyDelete
  12. erkkkkkkkk...........ini serius???? hahaha.. terima kasih DN.. tapi macam menyusahkan DN je?? saya ikhlas mengomen.. tak mengharapkan apa2pun.... hmm. terima kasih banyak2.. awak dah dua kali bagi saya hadiah.. saya tak tau nak balas macam mana....

    ReplyDelete
  13. @Fauzi Blues Thanks sudi singgah ke sini. Bro kata suka baca cerita travel DN. Harap yang lain juga sudi membacanya... :)

    ReplyDelete
  14. @boni kacak mana ada menyusahkan.. DN ikhlas nak bagi kawan2 DN. DN tidak mengharapkan apa2 balasan pun cuma DN ingin berkongsi kegembiraan DN dapat melawat negara orang bersama pembaca setia DN..:)

    ReplyDelete
  15. walaupun kita baru berkenalan....ada gak terselit dalam carta nei yea...next time nak request mek SIAM la pulak... ekekekeke

    ReplyDelete
  16. @hazman aka species1980 mek siam? alamak! yg itu xdapat lh nk tolong. huuu...

    ReplyDelete
  17. sy dah dapat hadiah weee thanks :D

    ReplyDelete
  18. @cha alhamdulillah.... lega dh sampai.. :)

    ReplyDelete
  19. taknak hadiah lah. malu nak ambik. tapi kalau nak bagi pun takpe. jangan bagitau orang lain ye.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^