Syukur Alhamdulillah. Rezeki sentiasa ada untuk diri ini. Jika rezeki itu memang untuk kita, walau kita tolak atau mengelak bagaimanapun tetap akan menjadi milik kita. Begitu juga sebaliknya. Jika rezeki itu bukan untuk kita, tetap tidak akan menjadi milik kita walau kita sudah berusaha sehabis baik untuk mendapatkannya. Maka, sentiasa bersyukur dan bersabar di atas segala rezeki yang dilimpahkan-Nya kepada kita.
Begitu juga dengan pujian. Sesungguhnya segala pujian itu tidak layak bagi diriku. Syukur alhamdulillah dengan berkat kesihatan yang diberikan-Nya, dapat kita melakukan amal ibadah dalam mencari rezeki yang diredhai-Nya. Segala pujian itu selayaknya ditujukan kepada-Nya. Kerana kudrat yang ada ini berkat dari izin-Nya. Kerana usaha yang dilakukan untuk mendapatkan rezeki ini adalah dari keberkatan-Nya jua. Kerana Allah mengetahui apa yang terbaik untuk diri setiap hambanya.
Oleh itu, kita perlu sentiasa istiqamah dan berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu. Bukannya untuk mendapatkan pujian atau disanjungi. Bukannya hanya bersungguh untuk seketika kemudian tidak berusaha lagi. Jika kita sentiasa istiqamah dan berusaha tanpa putus asa dengan izin-Nya pasti rezeki akan datang kepada kita.
".... bagi orang yang riak itu ada tandanya iaitu rajin apabila dia berada di hadapan mata orang ramai, malas apabila bersendirian dan ingin dipuji untuk semua perkara"
Semoga diriku dan sahabat-sahabatku dijauhkan dari sifat mazmumah ini.
amin
ReplyDeleteamin.. :)
Deleteaamiin..
ReplyDelete(dayah setuju..kalau mmg bukan rezeki kita , usaha cemana pun tak dpt juga..percaya qada & qadar)
:)
Allah mengetahui yang terbaik untuk kita.. :)
Deletebetul kak DN...istiqamah dalam pekerjaan itu sgt penting :D
ReplyDeleteistiqamah lah kita dlm membuat sesuatu perkara... :)
DeleteAssalamualaikum..salam perkenalan dari cheqkaq..betol kate DN..istiqamah sangat penting..berdoa laa pada Allah supaya DIA tak membolak balik kan hati kita..:)
ReplyDeletew'salam... salam perkenalan cheqkaq. terima kasih sudi datang kesini. semoga hati kita sentiasa dipelihara-Nya...
Deleteniatkan semuanya kerana Allah . in shaa Allah. pasti ada kebaikan
ReplyDeleteyeezy boost
ReplyDeletegolden goose sneakers
yeezy
golden gooses
chrome hearts outlet
retro jordans
curry shoes
golden goose outlet
kd shoes
nike air force 1