Semalam bertempat di Dapur MasterChef telah berlangsungnya Finale MasterChef Malaysia musim kedua di mana buat julung kalinya dalam sejarah MasterChef Malaysia kita dapat saksikannya di televisyen yang bersiaran secara langsung. Satu langkah baru dalam program masakan di negara kita yang ditonjolkan oleh MasterChef Malaysia. Kita dapat saksikan tiga peserta yang terdiri daripada Ah Hong, Along dan Izyan (Etiqa telah tersingkir) memperjudikan semangat dan kreativiti mereka dalam dunia masakan.
Perjuangan merebut gelaran Juara MasterChef Malaysia untuk musim kedua telah menjadi milik Izyan Hani atau lebih dikenali sebagai Izyan. Beliau merupakan graduan dalam bidang Sains dari Universiti di Kanada. Beliau seorang yang ceria, suka berkayak, menulis lagu dan pernah bekerja di pelantar minyak. Antara masakan kegemarannya adalah mac and cheese with chicken. Izyan telah membawa pulang wang tunai RM100,000 beserta trofi dan hadiah peralatan memasak tajaan Panasonic Malaysia.
Izyan (tengah) bersama Ah Hong (kiri) dan Along (kanan). Ah Hong dan Along turut memperolehi hadiah peralatan memasak juga dari tajaan Panasonic Malaysia.
Pada edisi peringkat akhir ini dengan tema 'Citarasa Juara', mereka bertiga berhadapan dengan cabaran untuk menyediakan satu hidangan utama dan satu hidangan pemanis mulut. Lebih mencabar lagi, mereka perlu menyediakan hidangan untuk 15 chef professional terdiri daripada Dato' Chef Ismail, Chef Florence Tan, Chef Zaishahrizal Zamani, Pakar dan Perunding Makanan Prof. Madya Dr Shahrim Karimady dan ramai lagi. Penyediaan hidangan itu termasuk 3 juri hos MasterChef yang bertindak memilih Izyan sebagai juara MasterChef Malaysia musim kedua ini.
Tahniah diucapkan kepada Izyan. Semoga menjadi seorang Chef yang berjaya kelak.
tahniah kepada beliau :)
ReplyDeleteBeliau mmg bercita2 tinggi..
Deleteas salam
ReplyDeletetahniah izyan,segalanya telah tertulis:)
w'salam...
Deleterezeki beliau dalam bidang masakan.. :)
pergi tgk live ke
ReplyDeleteYup.. :)
DeleteTak de pun pic Deq Noor...
ReplyDeleteNext time deq noor pula join.. nak gak rasa masakan engineer nie
mmg la xde sbb xkeluar tv pun. haha... :p
Deletejoin? errr.... kena tukar bidang ni. xcukup multitasking macam izyan lh..
Habuan RM1k bukan sedikit. Tanniah buat beliau.
ReplyDeletebukan RM1k, tetapi RM100k... :)
Deleteyes..betul tekaan wida.
ReplyDeletekan... dari awal dah jangka izyan akan menang.. :)
DeleteActually entry nie boleh kasi LETUP TRAFIK... huhuhu... its okey... hope nanti bila dia dia bukak restoran nanti ajak la kita kan....hehehehe
ReplyDeleteyeke? hmm.. masih banyak nk belajar lagi. harap sudi membantu.. :)
DeleteIzyan buka restoran nanti kita terjah sama2 k... ;)
ada satu yang tertinggal... MasterChef shakiddo..
ReplyDeletehihihi
iyelah... bakat dah ada, keluar tv pun dah. tinggal nk tunjuk skill je tu.. :)
Delete