Sunsilk Good Time Events

Kalau ingat lagi DN pernah bercerita tentang DN salah seorang Top 25 Sunsilk Good Time Contest bulan lepas, kali ini DN nak berkongsi dengan kalian produk Sunsilk yang DN guna. Bukan DN sahaja yang guna, seluruh family DN memang pengguna tegar Sunsilk.


Inilah buktinya. Hihi... Kebetulan DN balik ke teratak bonda jadi dapatlah DN kumpul semuanya. Dalam banyak-banyak produk Sunsilk ini, favorite DN adalah dua jenis ini:-

1. Smooth & Manageable (lembut & mudah diurus) - Ia mengandungi keratin yogurt nutri complex yang dapat menguruskan rambut dan melindungi rambut dari persekitaran yang kotor, membuat rambut lembut, terurus dan dapat dikawal dengan baik. Ia terdiri daripada campuran unik 5 minyak semulajadi untuk menguruskan rambut tanpa membuatnya berminyak atau lesu oleh smooth expert, Yuko Yamashita.

2. Lively Clean & Fresh (Segar Murni) - Ia kaya dengan Vitamin Citrus Complex yang menghasilkan kelainan dalam membuang pertambahan / lebihan sebum pada kulit kepala. Ia juga menyegarkan kulit kepala dalam hanya satu basuhan oleh scalp care specialist, Dr Francesca Fusco.

Inilah 2 produk Sunsilk yang menjadi favorite DN. Botol warna pink dan hijau. Memang terasa lembut sahaja apabila memakai Smooth & Manageable Shampoo and Conditioner. Apabila menggunakan Lively Clean & Fresh, gatal kepala tiada dan sesuai untuk perempuan bertudung seperti DN ini.


Selain itu, kami juga menggunakan produk Hair Fall Solution (penyelesaian rambut gugur) ini. Ia terdiri daripada Soya Vitamin Complex yang dapat memupuk dan menguatkan rambut dari akarnya. Ia dapat mengurangkan rambut gugur sebanyak 93%, menjadikan rambut lebih kuat dan banyak juga oleh scalp care specialist, Dr Francesca Fusco.

Terbukti memang pengguna Sunsilk tegar kan. Hihi... Jadi DN akan berada di Sunsilk Good Time Events esok bertempat di One Utama. Doakan kejayaan DN ya kawan-kawan semua. DN akan berkongsi dengan kalian semua apa yang berlaku sepanjang event itu berlangsung nanti. Hugs~
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

10 Blue Komen:

  1. Eh eh eh , kite pon pakai sunsilk jugakla sis. Suke suke sukeee !!

    ReplyDelete
  2. waaahh.. colourful beb..!! berkenan pulok

    ReplyDelete
  3. @KiD kan.. warna-warni kt bilik mandi tu. hee...

    ReplyDelete
  4. @Cik Nurul Siezuka best kan sunsilk hijau tu nurul. selesa utk orang bertudung macam kita.. :)

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^