Chang Puak Camp Hat Yai

Aktiviti menarik yang DN lakukan semasa berada di Hatyai adalah pergi ke Chang Puak Camp. Chang bermaksud Gajah dalam bahasa Thailand. Di sini terdapat banyak gajah yang sudah lama hidup dengan manusia. Oleh itu, gajah-gajah ini sangat jinak dan kita boleh naik di atasnya.


Heee.... Seronok ok dapat jalan-jalan dengan gajah di dalam hutan. Untuk menaiki gajah ini, harganya adalah 500baht seorang. Osman ada bertanyakan kami, kenapa kita boleh duduk di atas gajah? Semua orang tidak dapat menjawab soalan Osman itu jadi beliau menceritakannya kepada kami. Menurut Osman, gajah mempunyai telinga yang besar dan telinga besarnya menghadkan penglihatan gajah untuk melihat apa yang ada di belakangnya. Oleh itu, gajah ini merasakan apa yang ada di belakangnya adalah lebih besar daripada dia. Hmm... Iye ke? Gajah rasa DN lagi besar dari dia lah ye? Huhu....


Kami adik beradik memilih untuk naik gajah manakala parent DN memilih untuk naik ATV ini. Kami memilih aktiviti santai, mereka berdua memilih aktiviti lasak pula, Hihi... Takpe lah. Yang penting mereka gembira.

Harganya adalah 500baht seorang utk single ATV. Parent DN memilih untuk menaiki ATV yang boleh duduk 2 orang ini. Harganya 600baht seorang. Erkkk! Yang naik berdua lebih mahal dari naik seorang. Hmmm... Tak kisah lah. Yang penting parent DN nak naik dan mereka happy meredah hutan berdua. Siap basah seluar masing-masing. 

Kami dah balik dari round hutan dengan gajah, mereka berdua tak muncul-muncul lagi. Punya lah lama. Risau DN dibuatnya tapi bila diorang muncul dengan muka gembira sambil melambai2 tangan, hilang terus kerisauan DN. Maklum lah, mereka ni bukannya muda lagi dan tidak biasa melakukan aktiviti lasak. Alhamdulillah semuanya ok.

Selesai beraktiviti di Chang Puak Camp, kami dibawa pula ke Ice Dome. Apa yang ada di sana? DN akan update lagi ye. Maaf, kena menunggu cerita Hatyai DN yang panjang ini. Broadband kurang memberangsangkan, jadi DN tak mampu nak tunggu upload gambar lama-lama. Buat begini, at least masih ada cerita yang DN dapat kongsikan bersama semua.. :-)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

8 Blue Komen:

  1. wahhh...naik gajah...best tak DN? hee...kenapa DN tak pilih ATV? banyak tanya pulak...hee~

    ReplyDelete
  2. pergh..bestnya naik gajah..hahaha.. tak takut ke dn???

    ReplyDelete
  3. bestnya dapat naik gajah...

    wahh..boleh tahan lasak jugak parent dN ni

    ReplyDelete
  4. bestnya last naik gajah kt zoo melaka dulu haha

    ReplyDelete
  5. @Ezad Skytech best tp seriau gak. takut gajah naik minyak. xrasa nk buat aktiviti lasak. lagipun ATV ni ada kt malaysia. bila2 bole pegi. hee...

    ReplyDelete
  6. @boni kacak takde lh takut sgt boni.. tp bila tetiba dia berhenti dlm sungai risau gak..

    ReplyDelete
  7. @mamawaiz pengalaman yg xkan dilupakan ni wida.. :)

    itu lh. xsangka mereka suka main ATV tu...

    ReplyDelete
  8. @cha kt zoo melaka boleh naik gajah gak ye. xtahu pulak...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^