Filem Review : Minyak Dagu


Syarikat produksi filem Metrowealth (MIG) memulakan tahun 2013 dengan penghasilan filem bergenre seram bertajuk Minyak Dagu. Filem ini mendapat sentuhan daripada pengarah Azhari Zain  dan dibarisi oleh pelakon mantap Yana Samsudin, Fezrul Khan dan Fizo Omar. Mereka bertiga memegang watak utama di dalam filem ini dengan dibantu oleh Siti Aziz, Zul Suphian, Latif Borgiba, Kartina Aziz, Maimon Mutalib, Mior Hashim Manap dan ramai lagi. Filem ini telah berada di pawagam pada 3hb Januari 2013 yang lalu.

Proses pembuatan minyak dagu
Filem ini mengisahkan tentang Emelda (Yana Samsudin) yang merupakan tunang kepada Azman (Fezrul Khan) telah bertemu kembali kekasih lamanya, Johan (Fizo Omar). Pertemuan mereka diuruskan oleh kedua orang tua Emelda apabila Johan yang bekerja sebagai seorang doktor telah datang ke rumahnya untuk merawat ibu Emelda. Pertemuan ini menyebabkan Azman yang dikenali dengan sikap panas barannya sangat berang dan Emelda sering menjadi tempat untuk melepaskan kemarahannya. Ditambah lagi dengan pekerjaan Azman sebagai sales person dan masih tidak mendapat sebarang sales pada masa tersebut. Kemarahan Azman sering dilepaskan kepada Emelda walaupun berada di khalayak ramai. 

Azman menyalit minyak dagu di tangan Emelda
Pada suatu hari, Emelda telah memulangkan semula cincin dan segala barang pemberian Azman kepada ibu Azman untuk memutuskan pertunangan mereka. Azman dan ibunya sangat sedih. Atas rasa sayang yang masih mendalam, Azman telah berjumpa Emelda di rumahnya tetapi dia telah ditampar dan dihalau oleh Emelda dan keluarganya. Ini menguatkan rasa syak di dalam diri Azman bahawa Emelda telah diberi ubat guna-guna oleh Johan. Lebih-lebih lagi selepas memutuskan tali pertunangan, Emelda dan Johan telah merancang untuk berkahwin. Atas pengaruh rakan kerja, Azman telah berjumpa seorang bomoh untuk mendapatkan minyak dagu daripadanya. Pada pendapat Azman, jika Johan boleh bermain kotor untuk mendapatkan Emelda, dia pun boleh membuat perkara yang sama. Baru buku bertemu ruas.

Keadaan Emelda selepas terkena minyak dagu.
Apa yang terjadi kepada Emelda setelah terkena minyak dagu ini? Benarkah Johan turut menggunakan sihir untuk mendapatkan Emelda? Kenapa keadaan menjadi huru hara apabila Emelda dan Johan berkahwin? Kenapa Azman juga turut diganggu? Segalanya akan terjawab setelah menonton filem seram yang kini sudah berada di pawagam bermula 3hb Januari 2013 yang lalu. Saksikan trailer di bawah untuk mendapatkan feel sebelum menonton di pawagam berhampiran anda.


Bagi DN filem ini mempunyai mesej dan pengajaran bahawa bahaya menggunakan ilmu sihir untuk mendapatkan sesuatu. Filem ini berjaya membuat penonton terkejut, berdebar-debar dan menutup mata. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa scene di dalam trailer tiada di dalam filem. Ini menyebabkan cerita yang sepatutnya lebih menyeramkan dan lebih mendebarkan menjadi kurang menyengat. DN boleh memberikan 3/5 untuk filem ini. 

Minat filem seram? Mesti kalian suka tengok filem ini... :-)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

14 Blue Komen:

  1. bestnya dapat tengok ngn blogger :)

    ReplyDelete
  2. Ezad pun da tgk movie ni semalam..sound effect dia yg buat seram..ada yg melatah dlm pawagam pun ada DN..tp tu la..mcm ada yg kureng sikit la..kan..

    ReplyDelete
  3. Nampak mcm make up artis berjaya dlm tugasnya...tgk kat gambar no.2 tu...

    ReplyDelete
  4. agak menarik plot dia.. currently plakon fav yana..hehe macam kena tgk je :P

    ReplyDelete
  5. @Dkna Abza lain kali dkna pun boleh join... :-)

    ReplyDelete
  6. @Ezad Skytech tahu xpe.. ada gak jiran2 sebelah seat DN yg melatah gak. haha...

    ReplyDelete
  7. @Fauzi Blues betul tu... mmg berjaya & hasilnya sangat memuaskan

    ReplyDelete
  8. @shark untung la dpt tengok yg free... :D

    ReplyDelete
  9. @Muhammad Saiazuan Norhalik sama lh kita. suka gak dgn lakonan yana samsudin. kena g tengok camtu.. :)

    ReplyDelete
  10. @Bro Framestone bro nk kenal? jiran DN tutup mata masa tgk cite ni bro. hee... :p

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^