Marilah kita sambung cerita di Hatyai ye. Terlalu banyak pengalaman yang ingin DN kongsikan dengan semua. Harap masih ada yang sudi membaca.
Kali ini dengan cerita DN sekeluarga berada di Hatyai Ice Dome. Kenapa Season 3? DN tak pasti pula. Setiap orang dari kami diberi jaket dan sarung tangan. Kami dikehendaki berada di luar dengan berpakaian sebegini selama 5 minit sebelum masuk ke dalam Ice Dome. Sebelum masuk juga, telefon bimbit perlu dimatikan.
Di atas adalah gambar adik DN dan kawan-kawannya. Kebal betul mereka ni tau. Masuk Ice Dome pakai seluar pendek je. Huuuu.... Bila masuk ke dalam, memang sejuk sangat-sangat. DN yang tak suka sejuk ni rasa macam tak sabar nak keluar tapi layan juga lah adik-adik DN yang tengah seronok main gelongsor di dalam Ice Dome ini.
Kami mengambil peluang bersiar-siar di dalam Ice Dome ini sambil bergambar. Pelbagai replika ice berada di sini. Replika ice KLCC pun ada.
Kami seronok berada di dalam ini tau. Lagi-lagi dengan karenah adik-adik DN yang perangai gila-gila ini. Setiap apa yang kami nampak pasti menjadi bahan untuk bergambar.
Macam-macam replika ice ada di dalam ini kan. Adik-adik DN lah yang paling seronok. Parent DN hanya memerhati sahaja karenah kami adik-beradik. Sampai di sini, tangan DN dah kebas dah. Sejuk sangat sampai nak tekan on/off kamera pun tak rasa apa dah.
Selesai bersiar-siar di dalam, kami pun keluar dari Ice Dome ini. Di luar cuaca panas, habis berkabus camera DN dibuatnya. Tangkap gambar jadi macam gambar Ticket Point tu. Hihi... Kena lah bagi masa bertenang kepada kamera DN. Bateri pun cepat je bila di dalam tempat sejuk. Huh..
Owh, sebelum terlupa, tiket untuk masuk ke dalam Ice Dome ini adalah 300baht untuk dewasa dan 200baht untuk kanak-kanak. Bagi DN harga ini berpatutan untuk melihat semua yang ada di dalam Ice Dome ini.
Next, ada 3-4 cerita lagi yang ingin DN kongsikan dengan semua. Stay tuned! :-)
huhu best giler. ingat kat sane takde apa. mcm2 jugak ada eh.
ReplyDeletekiranya macam di I city shah alam la ni ye DN.. =)
ReplyDeletesonok kan kalau pegi rumah ais cenggini ... sebab boleh kasi bakar lemak secara tak langsung....ekekekeke
ReplyDelete@cha kan cha.. mcm2 xtvt boleh buat kt sini
ReplyDelete@Melastik Bintang aah.. I-city xpernah pergi lg. hee...
ReplyDelete@hazman aka species1980 yeke boleh bakar lemak? hmmmm....
ReplyDeletemesti sejuk gilaaa kan? 200 bath tuh dalam berapa rm kak DN?
ReplyDeletehahahahaha..dah macam baju angkasawan dah tu..hehehehe
ReplyDelete@Syazana Nazri mmg sejuk sgt2.. dh xrasa tangan ni bila duk dalam tu. 200baht tu lebih kurang RM20.. :)
ReplyDelete@boni kacak heee.. makin gemuk bila tengok kan... :D
ReplyDeleteNampak mcm lagi luas & menarik drpd i city snowalk..
ReplyDeletebest dapat adik beradik gila2 cam ni DN..hehe
ReplyDelete@Fauzi Blues yeke.. xpernah ke sana. xboleh nak compare...
ReplyDelete@mamawaiz itu lh... happy je. hee...
ReplyDeleteAla tomeynye die main ais, mcm budak2 kecik... geram geram
ReplyDelete@Bro Framestone haha.... susah gak jd budak comey ni.. :p
ReplyDeletebestlah tengok DN dan adik beradik DN bersuka ria mcm tu.
ReplyDelete