Jemputan "Majlis Sepetang Bersama Mak Dara"

Alhamdulillah... Selesai mengemas rumah. Hari ini DN hanya di rumah, jadi DN mengambil kesempatan ini untuk mengemas rumah. DN memang tidak boleh tengok rumah bersepah. Sakit mata dibuatnya. Macam mana lah orang boleh duduk rumah yang tidak berkemas kan? Hmm... Entah lah. Keliling DN ramai orang sebegini. Bagi DN, tak guna kita cantik di depan mata orang tapi hakikatnya rumah sendiri tidak secantik penampilan kita di luar. Sepatutnya, kedua-duanya perlu seiring. Tak gitu kawan-kawan? Hehe...

Walaupun kesihatan DN tidak berapa mengizinkan beberapa hari ini, DN tetap gagahi juga. Tak banyak pun nak mengemas sebenarnya sebab walau sibuk macam mana pun DN, DN tetap menyelitkan sedikit masa DN di rumah untuk mengemas sikit-sikit apa yang perlu sebelum tidur. Cuma hari ini DN mengemas lebih daripada kebiasaan DN. 


Selesai mengemas, next... DN nak google map ke Rampai Palace ini. Teruja sangat bila dapat jemputan daripada Mak Dara untuk menyambut ulangtahun ke-2 blog beliau dan seterusnya meraikan hari ulangtahun beliau yang ke-36. Dah lama tak jumpa Mak Dara tau. Dah setahun rasanya. Tak sabar nak ketemu Mak Dara esok. 

Siapa-siapa yang pergi tu, insyaAllah kita jumpa esok jam 2.30 petang di Rampai Palace ya. Ikut tema putih & jeans tau. Baru cantik tangkap gambar sama-sama nanti. Heee.... Nak bawa hadiah apa untuk Mak Dara ye. Hmmm... Any idea?
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

13 Blue Komen:

  1. @hazwan hairy alhamdulillah... merapatkan silaturrahim... :)

    ReplyDelete
  2. @Cik Rongoks Ika hee.. xsabar nk jumpa. lama dh xjumpa ni...

    ReplyDelete
  3. wah...dpt jemputan lagi.
    kirim salam dgn mak dara yer

    ReplyDelete
  4. @Ezad Skytech bila kita nk gather2 lg ni ezad... :)

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum deq noor...bestnya dpt pi majlis mak dara ...:)

    ReplyDelete
  6. @Mas Zull w'salam.. mmg best & teruja sgt sbb dh lama kami xjumpa... :)

    ReplyDelete
  7. bestlah dapat makan2 kat situ. emm. nanti ajak saya sekali yer.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^