Kai Tod Daycha & Sea Food Hatyai


Pssttt! Nak cerita ni. Kami telah dibawa ke satu kedai makan yang sangat marvelous di Hatyai. 2 kali kami makan disini tau. Memang sangat-sangat sedap. Segala makanannya memang cukup rasa. Kedai yang DN maksudkan bernama Kai Tod Daycha & Sea Food Hatyai. Kai Tod bermaksud ayam goreng. Tak perlu ke KFC untuk makan ayam goreng kerana ayam di sini memang sedap. Tengok lah ayam kat atas tu. Menarik kan. Harganya pun sangat-sangat menarik. 35baht sepinggan. Murah sangat-sangat kan. Mula-mula DN ingat RM35. Hihi....


Inilah lauk-lauk yang DN makan semasa berada di sini. Somtum memang sangat pedas macam cili tumpah masa diorang masak. Kalau sesiapa yang tak tahan pedas, memang tak boleh makan somtum ini. Tapi DN suka.. Baru lah telinga berapi bila makan. Hihi... Sebelah somtum itulah ayam goreng yang sangat rangup dan cukup rasa rempahnya. Rasa nak tambah banyak kali je. Manakala ikan goreng masak sweet sour ini juga cukup rasa masam manisnya. Fuhhh.. Terliur DN dibuatnya bila mengimbas kembali lauk-lauk yang DN makan ini.


Lagi-lagi bila ditambah dengan tomyam campur yang pedas ini. Inilah tomyam Thai yang dicari-cari selama berada di Hatyai. Akhirnya dapat juga kami merasanya. Memang cukup rasa dan banyak kali DN ambil tomyam ini. Rasa macam nak habiskan je kuahnya. Heee... Sayur-sayuran juga sangat sedap. Pendek kata, memang semua makanannya sedap-sedap di sini. Pandai betul tukang masak ini masak kan. Rugi rasanya mereka yang datang ke Hatyai tetapi tidak makan di sini. 

Ok, cukup-cukup lah tu DN nak puji kedai orang. Hehe... Tapi seriously memang sedap tau. Tak tahu macam mana lagi DN nak gambarkan. Memang sedap sangat-sangat. Hanya mereka yang pernah rasa sahaja yang tahu bagaimana rasa kesedapan makanan di sini. Jika kalian berpeluang ke Hatyai, singgah tau kedai ini. Pasti tidak mengecewakan sebab kali kedua kami makan di sini, makanannya tetap tidak mengecewakan kami... :-)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

15 Blue Komen:

  1. terliurnya tgk makanan2 kat atas tu...
    org jawa mestilah tahan makan pedas..kan?

    ReplyDelete
  2. @mamawaiz xleh guna camtu dah wida sbb mak DN jawa, tapi xboleh langsung makan pedas. Hee....

    ReplyDelete
  3. rasa mcm dh komen takde plak komennya huhu. tgk pun tau sedap ni. lg pulak kt thai confirm la pure thai kan rasa dia

    ReplyDelete
  4. ikan sweet sour tu kalau dapat ratah gitu je pun best kan...

    ReplyDelete
  5. @cha betul tu cha... rasa mmg terbaik! sampai harini teringat2 rasanya..

    ReplyDelete
  6. @Dkna Abza tomyum rasa mmg terbaik! rasa nk pegi mkn lg je..

    ReplyDelete
  7. mmg nampak sedap je makanan2 tu DN...:D

    P.S - First time tahu Kai Tod tu ayam goreng masa tgk Running Man...heee~

    ReplyDelete
  8. @Ezad Skytech nampak pun dah sedap kan. rasa mmg superb sedap.. ^_^

    layan gak Running Man? Ish2....

    ReplyDelete
  9. tak pernah sampai sana. kalau saya rasa nak makan makanan masakan thailand, saya akan bawak anak isteri makan di restoran Ali Sara Puchong

    ReplyDelete
  10. Nak tny la..bleh x bg exactly katne lokasi dia?

    ReplyDelete
  11. Nak tny la..bleh x bg exactly katne lokasi dia?

    ReplyDelete
  12. @Miryam Nekrad lokasi restoran ini di Street Th Chi Uthit..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^