Kak Sah Muslim Kitchen, Thanon Lamaisongkrew

Permulaan tahun baru 2013 ini DN mulakan dengan sambungan kisah Pengalaman Pertama Menaiki Bas ke Hatyai dan Songkhla. Selepas perjalanan selama 10 jam, pastinya perut sudah berbunyi-bunyi minta untuk diisi. Oleh itu, sebelum melakukan sebarang aktiviti lain, kita pergi mengisi perut yang lapar ini dahulu.


Perjalanan kami berhenti di sebuah kedai makan Kak Sah Muslim Kitchen yang terletak di Thanon Lamaisongkrew. Susahnya nak sebut nama jalan kan. Hihi... Difahamkan sukar untuk mendapatkan makanan halal di Thailand ini tetapi sepanjang berada di sini, kami tidak menghadapi kesukaran kerana semuanya telah diuruskan oleh tourist guide kami. 

Di sini juga kita dapat lihat jalanraya mereka sangat sibuk. Sibuk dengan overhead kabel elektrik yang berselirat ini. Pertama kali DN melihat pemandangan seperti ini di negara orang. Kenapa? Belum sempat bertanya, tourist guide kami yang bernama Osman mengambil inisiatif menceritakannya kepada kami. Menurut beliau, kawasan ini merupakan kawasan banjir oleh itu, kerajaan mereka tidak mahu membuat underground cable bagi mengelakkan sebarang bekalan elektrik terputus untuk penduduk tempatan.


Berbalik semula kita kepada kedai makan Kak Sah Muslim Kitchen ini. Kedai ini menghidangkan masakan nasi campur sama seperti di Malaysia. Oleh itu, tidak ralat untuk kami makan di sini. Harga juga berpatutan. 1 jenis lauk 30baht, 2 jenis lauk 35baht manakala jika kita mengambil daging / ayam kampung harganya hanya 40 baht. Suasana tempat makan juga selesa dan bersih. Kedai ini betul-betul terletak di tepi jalan jadi sangat mudah untuk berhenti makan dan boleh nampak dari tepi jalan utama juga. Apa yang DN makan disini?


DN memilih nasi berlaukkan ikan dan sayur. Harga makanan DN ini hanya 35baht. Untuk minuman pula kami sudah disediakan dengan air sirap. Pagi-pagi sudah minum air sirap sejuk. Hmm.. Tak kisah lah asalkan dapat makan. Hee... Sebenarnya kami sampai di sini sudah jam 10.30 pagi masa Thai. Tidak lah sarapan pagi sangat sebab mereka sudah menyediakan makanan untuk makan tengah hari.

Happy adik DN bila dapat makan. Kalau tidak monyok sahaja mukanya sebab lapar. Hee... Tengok meja kami yang ayah DN duduk itu. Licin pinggan kami makan. Maklum lah, lepas dah makan ini, tidak tahu bila lagi next kami akan makan. Pinggan yang tak habis itu kepunyaan adik DN ini lah. Kata lapar lepas tu ambil makanan banyak-banyak, sekali makan tak habis. Apa lah... 

Alhamdulillah... Perut sudah diisi dan kami sangat kenyang. Oleh itu, dapatlah kami ke tempat berikutnya dengan senang hati. Ke mana? Nantikan cerita DN selepas ini ye.... :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

23 Blue Komen:

  1. terbelit lidah nak sebut nama jalan tu DN..hee...



    ReplyDelete
  2. sakit mata tgk kabel berselirat tu...adehh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa kabel kat Vietnam lagi selirat bro..

      Delete
  3. kira murah jgk la makanan kat sana ye DN...RM1 = 10 Baht...makanan kat tempat kita yg kdg2 harganya tak masuk akal...sesetengah tempat la...padahal lauk biasa2 je...kan..hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol bro..murah gile...kat Msia susah dah nak dpt harga mcm tu

      Delete
  4. senyum sampai ke telinga adik DN ni bila dapat makan..hehe.serupa macam wida..kalau x dpt mkn, mmg moody abis..

    ReplyDelete
  5. @Ezad Skytech kita yg jarang tengok akan rasa camtu.. diorg dh biasa dah...

    ReplyDelete
  6. @Ezad Skytech itu lh... seronok je makan2 kt sana sbb harga berpatutan

    ReplyDelete
  7. @mamawaiz tahu xpe.. dh kenyang, senang hati, sengih je lepas tu. wida pun camtu ye. hihi...

    ReplyDelete
  8. hehe sempoi je kat thai kan.. currency pun tak pening.. :D

    ReplyDelete
  9. dkna masuk takbaiii jer..tak pernah sampai jauh kesana :)

    ReplyDelete
  10. @Dkna Abza ada peluang nanti pergi lh dkna... :)

    ReplyDelete
  11. Blum pernah sampai Thai..Vietnam dah sampai..susah gak nak dpt makanan halal kat Vietnam..tapi kalah ppergi guna tour guide mmg xde masalah la..

    ReplyDelete
  12. oh..sana rupanya kawasan banjir....

    kenapa tak makan tomyam?? kan kat sana tomyam dia sedap??

    ReplyDelete
  13. @Fauzi Blues vietnam belum sampai lagi. sampai sana nanti DN compare ye.. :)

    ReplyDelete
  14. @Fauzi Blues kan.... ada pun belum tentu sedap. hee...

    ReplyDelete
  15. @Fauzi Blues pergi ke tempat2 yg susah mendapatkan makanan halal, better guna tourist guide utk arrange.. :)

    ReplyDelete
  16. rasa makanan dorg mcm kat malaysia tak? lebih kurang je ke jauh beza?

    ReplyDelete
  17. @cha lebih kurang je cuma mereka ni suka masak pedas2. cili murah katanya. hee....

    ReplyDelete
  18. Emm..ada tempat yg boleh pergi sorang2 dan ada tempat yang kena pergi secara berkumpulan kan. Rasanya kalau pegi Hadyai lagi, sure DN dah boleh jalan sorang2. tapi baik2 ye...

    nanti orang kat sana Cik Dn awek Thailand lak..

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^