Khlong Hae Floating Market

Finally! Safely reached home. Eh, apa DN mengarut ni. Hee... Siapa yang follow instagram DN mesti tahu apa yang DN buat hari ini. Memang letih seawal 4.30 pagi dah kena bangun, pukul 9 malam baru sampai rumah. Sampai je rumah, lepas mandi terus buka laptop untuk update disini. Apa boleh buat, blog ini pun sudah menjadi sebahagian dari hidup DN. Letih macam mana pun, DN cuba luangkan masa untuk update disini. Heee... 


Maka update DN kali ini adalah tentang pemergian DN ke sebuah kawasan yang dinamakan sebagai Khlong Hae Floating Market. Masih bercerita di Hatyai tau. Hee... Untuk ke lokasi tempat ini perlu masuk ke dalam perkampungan yang DN tak pasti di mana dengan jalan yang kecil. Tapi bila dah masuk ke dalam, penuh kereta dan bas sehingga melimpah-limpah ke luar.

Semasa DN ke sini, cuaca hujan jadi menyukarkan pergerakan kami. Walaupun hujan, tetap kami redah juga tau. Heee... Macam-macam ada di Khlong Hae Floating Market ini. Makanan, minuman, pakaian, cenderahati, bag, buah-buahan dan lain-lain. Macam pasar malam juga lah. Makanan semua murah-murah, dalam 20baht - 40baht sahaja. Bezanya dengan pasar malam kita, mereka berniaga di atas sampan tepi sungai. Ada juga disediakan kawasan berniaga di kawasan lapang cuma yang menariknya adalah konsep berniaga mereka memang di atas sampan. 

Dan lebih menarik lagi apabila minuman yang kita nak beli akan diletakkan di dalam bekas tembikar yang berukir dengan macam-macam gambar. Harganya kalau tak silap DN cuma 30baht sahaja. Murah kan! Bekas itu boleh dibawa balik tau. Bukannya lepas minum kena pulangkan. Jadi kami beli air di sini sebab nak bawa balik tembikar itu sahaja. Buat kenangan. Hee... So apa yang DN beli di sini?


Selain pakaian dan cenderahati, haruslah DN beli makanan. Pulut mangga menjadi satu kemestian dan favorite DN. DN cari juga pulut durian, tiada pula disini. Kecewa... Sobsob. Takpe lah. Ada lagi yang lain-lain boleh dibeli. DN beli juga roti pisang yang sedap ini. Memang sedap sebab roti pisang ini diletakkan dengan susu. Terbaik rasanya tau. Kemudian DN beli telur puyuh untuk dimakan dengan megi cup. Heee.... Malam-malam bila balik hotel kami asyik kelaparan sahaja. Lagi-lagi hujan, memang sedap bila dapat makan megi. Kan... Kan... Alah, korang pun mesti suka makan megi gak... :p

Aktiviti ini nampak sempoi kan tapi tetap menarik dan tempat yang harus dikunjungi jika ke Hatyai. Boleh lah kalian merasa makanan tempatan di sini. Memang suasana di sini berbeza dan pasti kalian suka berada di sini.

Ok lah. Badan dah letih dan minta untuk direhatkan. Insyaallah esok di ofis DN sambung ceritera DN ye. Jumpa esok! Daaa... ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

  1. balik dah?wah..selamat bekerja yer

    ReplyDelete
  2. pernah gak kilang buat rombongan pergi hadyai. tapi tak join. mungkin lain kali kot.


    bawa2 berehat ye Cik DN kalau letih tu. Badan cuma ada satu. itulah yg digunakan hari2.

    jaga kesihatan dan senyum selalu.

    ReplyDelete
  3. @Ladfe Amir lain kali ada peluang dtg lh ke sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang ke sini? hari2 singgah kat blog DN...rasa rindu lak kalau tak singgah.

      tapi kalau pasal Hadyai, tak tahulah bila dpt pegi. yg selalu buat trip ni, dah resign. budak2 warehouse cuma minat bercuti ke pulau2 .ke hadyai belum lagi

      Delete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^