Lawatan Kerja YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke UiTM Pasir Gudang

Sabtu, 12hb Januari 2013 telah berlangsungnya Majlis Lawatan Kerja oleh YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia ke UiTM Pasir Gudang. DN yang merupakan salah seorang konsultan terlibat dalam menjayakan projek ini turut dijemput hadir ke majlis tersebut.

sumber gambar

Majlis dimulakan dengan YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dibawa melawat kawasan tapak projek oleh pemaju syarikat pembinaan Damai Abadi (Johor) Sdn Bhd. Pembangunan UiTM Pasir Gudang ini dijangka siap pada Jun 2013. YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyempurnakan menanam pokok di bangunan berhampiran sebagai simbolik lawatan kerja beliau ke tapak projek ini.


Selesai dibawa melihat sekitar kawasan tapak projek, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dibawa ke Pejabat Tapak UiTM Pasir Gudang untuk sesi seterusnya. 


Ketika ini YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin diberi penerangan mengenai keseluruhan projek UiTM Pasir Gudang Fasa 1 ini. Sempat lagi beliau menoleh dan memberi senyuman untuk DN abadikan gambar beliau disini. Kemudian, beliau dibawa menjamu makan tengah hari di Pejabat Tapak ini.


Selesai menjamu selera, sesi penerangan oleh pihak pemaju berkenaan pembinaan kampus UiTM Pasir Gudang bermula. Turut ditunjukkan proses kemajuan kerja pembinaan UiTM Pasir Gudang Fasa 1 dari awal kerja-kerja pembinaan ini dijalankan. Fasa 1 melibatkan pembinaan fakulti kejuruteraan, pengurusan dan asrama. Ketika ini, kampus hanya dapat menampung seramai 2000 pelajar. Oleh itu, menurut YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin fasa 2 dipertimbangkan untuk membina kemudahan asrama bagi menempatkan 3000 pelajar lagi. 


Sekitar majlis sidang akhbar yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Pejabat Tapak UiTM Pasir Gudang. Menurut beliau, kementeriannya tiada halangan jika UiTM ingin mengembangkan kampus ini bagi menawarkan program-program pengajian dalam fakulti lain. Majlis ini berlangsung sehingga jam 2 petang dan beliau meninggalkan tapak projek untuk urusan seterusnya.
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

5 Blue Komen:

  1. YB senyum pada DN ada sebab tue..

    Cer ingat balik apa yang bro mention dekat instagram..

    Hai Datin DN

    ReplyDelete
  2. harap uitm dapat diperkembangkan lagi kerana uitm antara Universiti terbaik yang ada di Malaysia ini..

    ReplyDelete
  3. @boni kacak insyaallah akan ada beberapa cawangan lagi di seluruh malaysia.. :)

    ReplyDelete
  4. bile uitm pasir gudang akan dibuka ???

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^