Movie Review : Hansel & Gretel - Witch Hunter

Iye... DN tahu dah lama DN tak update apa-apa di sini. Hampir seminggu kan. Maaf ye semua. Laptop DN hantar servis dan DN bercuti untuk beberapa hari. Oleh itu, memang sukar untuk DN bercerita di sini. Banyak cerita tertunggak yang akan DN ceritakan nanti. Harap masih tidak terlambat untuk kalian membacanya.




DN mulakan cerita DN dengan permulaan tahun 2013 DN bersama Nuffnang. DN menghadirkan diri untuk bersama-sama menonton Premiere Screening Hansel & Gretel : Witch Hunter pada Selesa yang lepas. Filem ini sudah pun ditayangkan pada 24hb Januari 2013. Kalian sudah menontonnya? Apa pendapat anda? Kepada yang masih belum menonton filem ini, boleh baca sinopsis dan komen yang akan DN ceritakan sebentar lagi.


Filem ini mengisahkan tentang adik-beradik, Hansel (Jeremy Renner) dan Gretel (Gemma Artenton) yang telah kehilangan kedua ibu-bapa. Mereka telah ditinggalkan di dalam hutan oleh bapa mereka. Semasa di dalam hutan, mereka telah berjumpa dan terperangkap di dalam rumah gula-gula yang dihuni oleh ahli sihir hodoh. Mereka berdua terpaksa membunuh ahli sihir itu dengan menyumbatnya ke dalam api yang sedang marak. Selepas kejadian itu, mereka telah menjadi seorang pemburu dan pembunuh ahli sihir yang sangat terkenal dan digeruni.

Selepas 15 tahun peristiwa ini berlaku, mereka telah dibayar untuk menyelesaikan kes kehilangan kanak-kanak di sebuah perkampungan. Kehilangan kanak-kanak ini dikenalpasti berpunca dari ahli sihir yang menghuni di hutan berhampiran. Dapatkah Hansel & Gretel mendapatkan kembali kanak-kanak yang hilang? Benarkah kanak-kanak yang hilang ini berpunca dari ahli sihir? Siapakah sebenarnya ibu-bapa mereka? Kenapa mereka berdua sukar ditewaskan oleh ahli sihir? Segala persoalan akan terjawab jika menonton filem ini yang sudah ditayangkan beberapa hari yang lalu.



Saksikan trailer ini sebelum menonton di pawagam berhampiran. Pendapat DN, filem ini keseluruhannya berbeza dari filem Hansel & Gretel yang DN tonton ketika kecil dahulu. Percubaan yang berjaya mengubah persepsi setiap orang yang menontonnya dengan aksi dan penyampaian yang sangat mendebarkan dan menarik. Pasti mereka yang menontonnya sangat teruja. Walaupun durasi cerita ini kurang dari 2 jam, terasa sangat lama menonton cerita ini. Mungkin kerana perjalanan cerita yang kelam dan mendebarkan menyebabkan kami terasa cerita ini sangat lama. 4/5 untuk cerita ini.

Next, entry tertangguh lagi. Heee... Enjoy the movie! :)
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

7 Blue Komen:

  1. Salam ukhuwah dan salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Ada terplan nak tengok dlam masa terdekat

    ReplyDelete
  3. mesti budak yg hilang tu hansel & gretel tu kan? hehe

    ReplyDelete
  4. @mamawaiz hee... nak tahu wida kena lh tengok sendiri.. ;)

    ReplyDelete
  5. tak tgk pun. belum download lagi. nanti nak download baru boleh tgk. tu pun tak tahu bila nak download bila nak tgk.

    sibuk buat blogwalking sampai lupa agenda bukak pc.

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^