Hello dear... DN nak sambung sikit lagi cerita di Hatyai. Semasa DN di sana, DN telah dibawa ke satu kedai makan halal.
Nama kedai makan tersebut adalah Sami Kitchen. Sami Kitchen ini terletak di tepi jalan besar dan suasana kedai ini sangat lapang dan menarik. Tenang sahaja semasa berada di sini. Surau yang selesa juga disediakan. Kami solat di sini sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.
Nama kedai makan tersebut adalah Sami Kitchen. Sami Kitchen ini terletak di tepi jalan besar dan suasana kedai ini sangat lapang dan menarik. Tenang sahaja semasa berada di sini. Surau yang selesa juga disediakan. Kami solat di sini sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.
Kami ditempatkan untuk makan di hall yang boleh memuatkan sembilan meja bulat ini. Macam biasa, ayah DN akan memilih tempat dan kami duduk di meja yang telah dipilihnya. Inilah makanan-makanan yang kami makan semasa berada di sana.
Ulam-ulaman juga ada. Pada pendapat DN, jika dibandingkan dengan Kai Tod Daycha memang berbeza rasanya. Makanan di Kai Tod Daycha lebih sedap dari di sini. Walaupun begitu, makanan di sini tetap boleh tahan dan diterima oleh tekak ini. Cuma bila dibandingkan dengan keselesaan tempat, Sami Kitchen memang jauh lebih selesa.
Lebih istimewa lagi, kami celebrate birthday mak DN di sini. Suka betul mak DN bila dapat potong kek kat sini tau. DN minta Osman belikan kek untuk dibawa ke sini. Mak DN berkongsi tarikh lahir yang sama dengan kawan adik DN, Dini. Oleh itu, mereka potong kek bersama-sama.
Inilah tujuan DN membawa keluarga DN bercuti ke Hatyai & Songkhla. Untuk meraikan hari kelahiran bonda tercinta.Tiada apa yang lebih menggembirakan selain daripada melihat ibu kita tersenyum gembira. Tenang sahaja hati ini. Semoga mama diberkati usia dan dilimpahkan rezeki yang halal. Sayang mama! Mmuuahh! ^_^
mesti jd kenangan terindah buat mama DN nnti..
ReplyDeletehappy belated birthday untuk bonda tercinta DN yer..
ReplyDeleteHappy bezday to u MAMA ....hehehehe
ReplyDeletebirthday mak rupanya... kirim salam kat mak ye DN.. sampaikan ucapan selamat hari lahir kepada dia.. :)
ReplyDelete@mamawaiz harapnya macam tu lh wida... :)
ReplyDelete@Cheq Kaq thanks cheq kaq.... ^_^
ReplyDelete@hazman aka species1980 heee... tq... ^_^
ReplyDelete@boni kacak insyaAllah... Thanks boni.. :)
ReplyDeletehepy belated birthday :-)..bestnya sini..
ReplyDeleteada suprise rupanya utk bonda DN...:D
ReplyDelete@hazwan hairy thanks hazwan... :)
ReplyDelete@Ezad Skytech hee.. xde lh surprise sgt. bonda dh tahu dah... :)
ReplyDeletemesti mak terkenang kenang jer...percutian di hari lahir die yg dulu kan..huhuuu....
ReplyDelete@Makcik Anak 3 sementara mak masih ada... kegembiraan mereka jd keutamaan.. :)
ReplyDeletehepikan orang tersayang memang tak terkata nikmatnya...
ReplyDelete