Shopping di Nora Plaza & Ranu Kohyo

Selesai mengisi perut di Kak Sah Muslim Kitchen, kami menuju ke Thammanoon Vithi Rd. Di sini terletaknya beberapa tempat menarik untuk bershopping. Sampai-sampai dah pergi shopping ye. Hihi... Nak buat camne. Check-in hotel pukul 2 so kita singgah bershopping dahulu sebelum check-in ye.


Lokasi pertama kami pergi untuk bershopping adalah ke Nora Plaza. Ada yang ingat Nora Plaza ini di Malaysia ke? Nama macam familiar je kan. Hello! Kita masih bercerita di Hatyai Songkhla ok. Belum balik Malaysia lagi. Hihi... Nora Plaza menjual pelbagai jenis barangan kulit seperti handbag, kasut, wallet dan macam-macam barangan kulit lain. Selain itu, disini juga ada menjual barangan emas, jed, cenderahati dan pakaian. Setiap orang yang datang akan diberi kad diskaun 20% ini. Apa-apa barang yang dibeli di dalam ini akan mendapat diskaun 20% termasuk barang emas. Lumayan... Apa yang DN beli disini? Adalah dapat beg dan wallet untuk adik-adik DN....


Selesai di Nora Plaza, kami menuju ke Ranu Kohyo yang terletak di jalan yang sama. Setiap orang dari kami diberi pelekat nombor seperti di atas. Ranu Kohyo ini adalah tempat menjual pelbagai jenis kekacang. Jeruk2 dan keropok2 pun ada dijual disini. DN ada jugalah membeli beberapa jenis kekacang dan keropok untuk dibawa pulang ke Malaysia. Selesai bershopping di sini, pelekat nombor tersebut perlu dikembalikan semula. Nak recycle semula lah tu. Hihi....

Selesai bershopping di sini, jam sudah menunjukkan hampir pukul 2 petang. Oleh itu, kami memilih untuk check-in hotel dahulu sebelum meneruskan sebarang aktiviti. Kami perlukan refreshment kerana sejak dari mula bertolak sehingga selesai shopping di Ranu Kohyo, kami belum mandi lagi. Shhhhh.... Jangan beritahu orang. Hahaha.... Dah cerita kat sini semua orang dah tahu.. :p

Next, kita tengok hotel tempat DN menginap pula ye. Stay tuned! ^_^
Share on Google Plus

About deq noor

A daughter, sister and friend. Engineering is my passion but travelling is my courage. "Let the beauty of what you love be what you do"

12 Blue Komen:

  1. wah siap ada sticker bagai tau. huhu. mesti byk shopping ni kt sini :D

    ReplyDelete
  2. ada jugak org thailand name noRa..hehe

    ReplyDelete
  3. waaa..jalan2 & shopping2 adalah satu terapi yg sgt fresh dan terbaek..mandi pon dh tak perlu lg dah DN..hehe

    ReplyDelete
  4. @Muhammad Saiazuan Norhalik kan zuan.... nak turun dr bas orang nak tampal pelekat ni dh tunggu kt bawah

    ReplyDelete
  5. @cha takde lah byk sgt sbb harga lebih kurang sama je dgn kt malaysia...

    ReplyDelete
  6. @mamawaiz kan... first time dengar nk ke nora plaza ingatkan tempat apa lh tu. hee....

    ReplyDelete
  7. @Cheq Kaq hahaha.... bukannya org kt sana tahu pun kita belum mandi.. :p

    ReplyDelete
  8. ayok.... tak mandi.. ayok... hehehehe

    ReplyDelete
  9. @KiD orang kt sana bukan tahu pun. kami satu bas je yg tahu. hahaha... :p

    ReplyDelete
  10. KAF ALIFF BEK BEK!! ..Hahahaha...

    ReplyDelete

Awak komen, DN balas. Terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak di sini. ^_^